Bangkala
Bangkala | |
---|---|
Pokok bangkala di sebuah taman botani di Miami | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Klad: | Komelinid |
Order: | Arecales |
Keluarga: | Arecaceae |
Genus: | Arenga |
Spesies: | A. undulatifolia
|
Nama binomial | |
Arenga undulatifolia | |
Sinonim[2] | |
|
Bangkala (Arenga undulatifolia)[3] turut dikenali sebagai aren gelora,[4] ialah tumbuhan palma yang tumbuh asli di Borneo.[5] Ia mempunyai beberapa nama tempatan lain termasuk aping (Iban) polod (Dusun) dan jaka.[4][6]
Taburan
[sunting | sunting sumber]Ia endemik di Borneo dengan taburan di serata kawasan dari Sabah di utara sampai ke kawasan-kawasan Kalimantan.[5] Pokok ini turut diperkenalkan di Maui dalam gugusan Kepulauan Hawaii.[7]
Botani
[sunting | sunting sumber]Batangnya padat dan mampu tumbuh setinggi 9 m, ia dikelilingi dengan suatu gentian tebal yang gugur.
Daun-daunnya lebar mencapai sebesar 3 m, dengan anak daun berjarak renggang antara 45 hingga 60 cm, ia kelihatan berwarna hijau gelap di permukaan atas manakala bahagian bawahnya kekelabuan.
Tumbuhan ini boleh membiak baik melalui tunas dan biji.[5]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Gentian tumbuhan ini dapat digunakan untuk menghasilkan tali.[5] Bentuknya yang indah juga ideal dikembangkan sebagai tanaman hiasan.
Kayu pokok ini digunakan dalam pembuatan alat muzik yang utama di Sabah termasuk bungkau dan sompoton.[8]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Beccari, O. (Ed.) 1886. Malesia. 3: 92 et 192.
- ^ The Plant List: Arenga undulatifolia Becc.
- ^ "Bangkala". SEALang Library Malay Lexicography. SEALang Library. 2005.
- ^ a b Arenga undulatifolia. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/42634. [Didapatkan kembali 4 Julai 2024].
- ^ a b c d Sastrapradja, Setijati; Mogea, Johanis Palar; Sangat, Harini Murni; Afriastini, Johar Jumiati (1981) [1980]. Palem Indonesia. 13:12. Jakarta:LBN - LIPI bekerja sama dengan Balai Pustaka.
- ^ Nor Rasyidah Binti Abdul Wahab (2008). Kajian Taburan Arenga Undulatifolia Becc. (POLOD) Di Vegetasi Yang Berbeza Di Hutan Simpan Kawang, Papar. Kota Kinabalu, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
- ^ "Pacific Island Ecosystems at Risk: Arenga undulatifolia". Institute of Pacific Islands Forestry. Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat.
- ^ "Hongkod Koisaan: Musical Instrument". Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah. Dicapai pada 3 Februari 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Data tumbuhan disediakan Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia.