Bandar proto
Bandar proto ialah sebuah petempatan besar dalam zaman Neolitik seperti Jericho dan Çatalhöyük,[1] serta mana-mana petempatan prasejarah dengan ciri-ciri bandar dan luar bandar. Sebuah bandar proto adalah berbeza dengan bandar yang sebetulnya berdasarkan ketiadaan perancangan dan pemerintahan terpusat. Sebagai contoh, Jericho terbukti memiliki sistem kelas tetapi tiada jalan raya manakala Çatalhöyük tiada struktur sosial yang jelas. Ini membezakan petempatan-petempatan ini dengan bandar-bandar yang lebih moden seperti di Mesopotamia awal pada alaf keempat SM.[2]
Mesir Prasejarah serta Sumer zaman Ubaid mempunyai ciri-ciri bandar proto. Di Eropah, bandar-bandar proto termasuk budaya Cucuteni-Trypillia di timur (utara Laut Hitam), dan bertarikh pada alaf keempat SM.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rice, Michael (2003). Egypt's Legacy: The Archetypes of Western Civilization: 3000 to 30 BC. Taylor & Francis. ISBN 978-0-203-48667-2.
On the Konya plain in central Anatolia lies the extraordinary settlement of Catal Huyuk, which was nothing less than a proto-city (perhaps, indeed, the proto-city), founded in the mid-seventh millennium BC.
- ^ Grant, Jim; Gorin, Sam; Fleming, Neil (31 Mac 2015). The Archaeology Coursebook: An Introduction to Themes, Sites, Methods and Skills. Routledge. ISBN 9780415526883.
- ^ "Trypillian Civilization. Introduction". Trypillian Civilization Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2019.