Baldu
Baldu (Jawi: بلدو pinjaman Portugis: veludo[1]) ialah sejenis kain tenunan berbulu di mana benang yang terpotong diagihkan sama rata dengan pail (pile) pendek dan padat yang memberikannya rasa lembut yang tersendiri. Kain ini boleh dihasilkan daripada gentian sintetik mahupun semula jadi.
Pembuatan dan penghasilan
[sunting | sunting sumber]Baldu ditenun dalam sebuah mesin khas yang mengabungkan dua jenis ketebalan dalam satu kain mentah pada masa yang sama. Dua kepingan kain mentah ini dipotong dua untuk menghasilkan kesan ini lalu kedua-dua lembaran kain ini masing-masing digulung secara berasingan. Proses rumit ini menjadikan baldu mahal dibuat sebelum datangnya mesin tenun berkuasa industri, bahkan baldu moden yang dibuat dengan baik masih mempunyai kos yang tinggi. Kain baldu susah dicuci kerana pailnya namun teknik pencucian kering moden memudahkan kerja sebegini kini.
Baldu boleh dihasilkan daripada beberapa jenis gentian yang berbeza, di mana sutera merupakan bahan mentahnya yang paling mahal secara tradisinya. Kebanyakan "baldu sutera" (silk velvet) yang dijual sebenarnya merupakan campuran rayon dan sutera.[2] Baldu sutera penuh jarang didapati dan biasanya mempunyai harga pasaran mencecah beberapa ratus dolar Amerika setiap ela. Kapas juga digunakan, namun baldu yang dihasilkan bercirikan rasa yang tidak sebelerapa mewah. Gentian mentah lain seperti linen, mohair dan wul turut dipakai.
Baldu sintetik dapat dibangunkan sejak kebelakangan ini, terutamanya daripada from poliester, nilon, viskos, asetat dan mana-mana campuran dua jenis gentian sintetik atau satu gentian sintetik dengan satu gentian semulajadi (campuran viskos dengan sutera misalnya menghasilkan kain yang sangat lembut serta tampak memantulkan cahaya). Sedikit peratus spandeks kadangkalanya ditambah pada produk akhir memberikan sifat regangan pada kain ini (sebagai "stretch velvet").
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 363–364.
- ^ Jeanne Stauffer (1 Januari 2004). Sewing Smart with Fabric. DRG Wholesale. m/s. 73. ISBN 978-1-59217-018-0.