Pergi ke kandungan

Balai Polis Dengkil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hadapan Balai

Balai Polis Dengkil mula ditubuhkan sekitar tahun 1928 dan balai polis ini mempunyai persamaan dengan Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Hal ini membuktikan bahawa kedua-dua buah Balai Polis ini diwujudkan di tebing Sungai Langat yang menyebabkan kepada faktor-faktor perhubungan dan perniagaan pada ketika itu. Sehingga kini, Balai Polis Dengkil masih lagi memainkan peranan yang penting dalam menjaga keselamatan, ketenteraman dan kemesraan kepada seluruh penduduk di kawasan Dengkil. Latar belakang binaan bangunan, persekitaran kawasan dahulunya adalah ladang atau kebun durian yang diusahakan oleh orang kampung, dibangunkan berhampiran dengan keaktifan kepentingan sosioekonomi dan kemudahan jaringan laluan perhubungan, mula dipanggil ‘Balai Polis’ selepas kemerdekaan serta diselaraskan di seluruh Negara.

Map

Terdapat pelbagai cabaran yang pernah dihadapi oleh pasukan Polis di kawasan Dengkil antaranya ketika zaman darurat yang berlaku pada tahun 1948 sehingga tahun 1960. Namun, dengan wujudnya semangat kerjasama yang kuat diantara orang awam dengan anggota Polis maka musuh luar yang memasuki negara ini dapat ditentang oleh pasukan keselamatan negara sehinggalah negara kita mula mengalami perubahan dalam mewujudkan keamanan dan semangat harmoni dalam kalangan masyarakat.

Terletak di tepi jalan besar persimpangan tiga laluan ke Banting, Kajang dan Cyberjaya. Kos pembinaan bangunan tidak dapat dinyatakan secara terperinci dan ianya dikendalikan oleh JKR Selangor. Bangunan siap sepenuhnya pada tahun 1975. Pertambahan blok-blok bangunan adalah mengikut tempoh tertentu. Balai Polis ini masih lagi dikekalkan sehingga kini. Koordinat Balai Polis Dengkil adalah seperti berikut:

  • Latitud: 2.8591754
  • Longtitud: 101.6773234

Struktur binaan bangunan, material pembinaan bangunan kekal adalah dengan menggunakan bahan blok bata berwarna merah dengan campuran tanah liat, pasir dan air sungai/perigi, bata berbentuk segi empat tepat, bahan tersebut adalah bahan yang sama digunakan untuk mendirikan bangunan kerajaan lain yang diluluskan oleh JKR kerajaan Negeri Selangor. Pembinaan bangunan adalah secara mengikut fasa mengikut keperluan dan perkembangan kerana faktor pertambahan anggota dan keperluan semasa. Perkembangan pembinaan bangunan dan struktur pentadbiran bergantung daripada kesan politik, ekonomi dan sosial dari masa ke samasa. Sebarang perubahan terhadap pentadbiran balai dan struktur bangunan akan berubah mengikut sistem yang lebih efektif dan rasional kepada keadaan semasa dan jangka masa panjang. Rekaan bentuk bangunan adalah rekaan standard sama seperti balai-balai lain. Penubuhan bangunan kekal ini dicadangkan oleh Ketua Polis Selangor pada waktu tersebut. Pembangunan telah dirancang dan dikelolakan oleh JKR Selangor. Bangunan dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor pada masa tersebut iaitu, Yang Mulia Tuan U.Santokh Singh, K.M.N, A.M.P, P.P.T. Barrister-At-Law (London). Pada tarikh 26hb Julai 1976 iaitu pada hari Isnin.

Pada awal penubuhan Balai Polis Dengkil, Kawasan Pentadbiran Balai Polis Dengkil adalah meliputi keluasan 76 480 Ekar (309.5036 KM Persegi) dimana merangkumi sebahagian besar di Kawasan Mukim Dengkil. Keluasan tersebut dahulunya meliputi seluruh kawasan Putrajaya, Balai Polis Cyberjaya, Balai Polis Putra Perdana dan Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda. Pada hari ini keluasan Pentadbiran Balai Polis Dengkil adalah 40,010 ekar bersamaan 161.9147 km persegi, dan memiliki satu Pondok Polis Komuniti di Desa Pinggiran Putra, dimana kawasan kependudukan pinggir bandar dan golongan elit di kawasan Dengkil.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Bangunan Balai polis Dengkil merangkumi, 1 blok bangunan pentadbiran, 1 blok bangunan pegawai penyiasat, 1 blok bangunan pegawai tadbir kakitangan awam, 1 blok rumah teres bertingkat merangkumi 9 unit rumah anggota dan 1 unit rumah perkep, 1 rumah enjin dan stor peralatan, 1 rumah pondok pos kawalan,1 lot tempat simpanan barang kes, 2 medan tempat letak kereta, manakala fasiliti bangunan seperti surau dan rumah transit KPB Dengkil. Aset kenderaan Pasukan harta kerajaan yang dibawa kegunaan Balai Polis Dengkil adalah seperti 2 MPV, 1 M/land rover, 1 M/kar xtrail, 1 M/Van serta 5 unit M/sikal URB. Pentingnya fasiliti yang diberikan adalah selaras dengan pertumbuhan penduduk serta perkembangan separa bandar bagi melaksanakan penugasan pemantauan keselamatan pencegahan jenayah di kawasan Dengkil. Dimana kekuatan yang sedia ada serta nisbah penduduk dianggarkan dalam 1: 547.

Pada tahun 1939, awalannya Balai Polis Dengkil ini dianggap sebagai balai pengamanan yang dianggotai oleh seorang lans koperal dan tiga orang mata-mata. Selepas beberapa tahun, ia telah mula mengalami perubahan dari semasa ke semasa dari segi sistem pentadbiran, anggota polis telah bertambah melalui penglibatan seorang lans koperal dan enam mata-mata. Kemudiannya, berlaku sekali lagi penambahan di mana sistem pentadbiran balai polis ini diketuai oleh seorang Sarjan dan dibantu oleh seorang Lans Koperal serta lapan orang mata-mata. Pada masa sekarang kekuatan keanggotaan Balai Polis Dengkil adalah seramai 1 Pegawai Kanan berpangkat Inspektor, 72 Pegawai rendah polis lain-lain pangkat serta 5 orang pegawai tadbir kakitangan awam.

Senarai Ketua Polis Balai

[sunting | sunting sumber]

Senarai Ketua Polis Balai Dengkil bermula tahun 1996 sehingga 2021:

  1. Chief Inspector Awaluddin
  2. Sarjan Mejar Zakaria
  3. Chief Inspector Arifin
  4. Chief Inspector Mohd Anuar Bin Junoh (2005 - 2008)
  5. Inspector Faizol Effendy Bin Hasan (2008 - 2014)
  6. Asisten Supritendan Police Mohd Fadzir Bin Othman (2014 - 2017)
  7. Inspector Inspector Jamil Bin Osman (Julai 2017 - Ogos 2020)
  8. Inspector Rasha Azrul Bin Shafii (Ogos 2020 - Nov 2020)
  9. Inspector Sallehuddin Bin Sulaiman (Nov 2020 - Nov 2022)
  10. Inspector Hor Ming Jai (Dis 2022 - Sekarang)

Lokap Balai Polis Dengkil memiliki dua sel yang memuatkan dua orang setiap satu. Lokap ini telah diwartakan pada tahun 07/01/1960 Oleh Dato’ Suleiman Bin Dato’ Abdul Rahman, iaitu Menteri Dalam Negeri. Pewartaan lokap ini adalah merujuk Sub Seksyen (1) Seksyen 8 Ordinan Akta Penjara 1952, Undang-undang Tambahan Jilid 5 Bilangan 2, Persekutuan Tanah Melayu Bertarikh 14/01/1960. Maklumat rekod penempatan kesalahan Lokap Balai Polis Dengkil adalah seperti berikut :

  1. Tahanan Lelaki Dewasa
  2. Tahanan Wanita Dewasa dan kanak-kanak Perempuan ( n/a - 2012)
  3. Tahanan Juvana Lelaki (2012-Sekarang)