Balai Cerap Astronomi Kourovka
Nama alternatif | Balai Cerap Astronomi Kourovka K. A. Barkhatova |
---|---|
Dinamakan selepas | Klavdiâ Barkhatova |
Organisasi | Institut Sains Alam dan Matematik, Universiti Persekutuan Ural |
Kod pemerhati | 168 |
Lokasi | Kourovka, Wilayah Sverdlovsk, Ural Federal District, Russia |
Koordinat | 57°02′12″N 59°32′50″E / 57.03671°N 59.54727°EKoordinat: 57°02′12″N 59°32′50″E / 57.03671°N 59.54727°E |
Penubuhan | 1965 |
Laman web | astro |
Kourovka astronomical observatory | |
Balai Cerap Astronomi Kourovka K. A. Barkhatova (Rusia: Коуровская астрономическая обсерватория имени К. А. Бархатовой ) ialah sebuah balai cerap di Kourovka, Wilayah Sverdlovsk, Rusia yang dikawal oleh Institut Sains Alam dan Matematik dari Universiti Persekutuan Ural (UrFU). Balai cerap ini dinamakan sempena bekas profesor UrFU dan ahli astronomi Soviet, Klavdiâ Barkhatova yang bergraduasi dari universiti itu pada 1941. Balai cerap ini merupakan satu-satunya balai cerap yang berada dalam julat longitud di antara bandar Kazan dengan Irkutsk.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Balai Cerap Astronomi Kourovka ditubuhkan pada 1965 oleh pihak Fakulti Fizik Universiti Negeri Ural (USU, kini sebahagian UrFU) yang pernah menubuhkan sebuah lagi balai cerap pada 1957.[2] Balai cerap ini pada asalnya dibina untuk memerhati pergerakan satelit-satelit buatan setelah kejayaan pelancaran satelit-satelit Sputnik oleh pihak Soviet, tetapi kegunaan balai cerap diperluas kepada bidang-bidang astronomi secara am.[2] Klavdiâ Barkhatova berperanan sebagai pembantu dan penasihat dalam pembinaan balai cerap ini.[3] Sebuah eksoplanet, 4964 Kourovka yang ditemui pada Julai 1979, dinamakan sempena balai cerap ini.[4]
Susulan kejadian kejatuhan meteor di bandar Chelyabinsk pada 2013, pihak balai cerap menjadi salah satu golongan-golongan terawal yang menjadi rujukan oleh kerajaan Rusia tentang keselamatan berkaitan angkasa.[3]
Ketua balai cerap
[sunting | sunting sumber]Ketua Jabatan Astronomi USU
[sunting | sunting sumber]- 1937-1945 - Avenir Yakovkin
- 1945-1949 - Sergey Muratov
- 1960-1986 - Klavida Barkhatova
- 1987-1992 - Anatoly Vasilevsky
- 1992-1998 - Sergei Gulyaev
- Sejak 1999 - Eduard Kuznetsov
Pengarah balai cerap
[sunting | sunting sumber]- 1974-1982 - Georgy Romashin
- 1982-2016 - Polina Zakharova
- Sejak 2016 - Andrey Sobolev (pemangku)
Penyelidikan
[sunting | sunting sumber]Teleskop-teleskop balai cerap digunakan bagi kajian astronomi oleh pihak Rusia serta antarabangsa dengan jasad-jasad yang dikaji termasuk bintang dan jasad-jasad berdekatan Bumi. Data-data yang dikumpul digunakan dalam penemuan dan pengesahan sistem bintang dan eksoplanet baharu. Peralatan-peralatan yang dimiliki juga membantu golongan penyelidik dalam memantau pergerakan satelit-satelit Bumi dengan orbit melengkung. Secara khusus, balai cerap Kourovka menjalankan pemerhatian astronomi di kawasan buruj Undan (Cygnus).[5] Selain itu, balai cerap ini turut menjalankan pemerhatian fotometrik.[6] Berdasarkan laman rasmi balai cerap, kajian-kajian yang dijalankan termasuk:
- struktur, asal-usul, dan pembentukan Bima Sakti;
- fizik bintang dan medium antara najam;
- fizik berkenaan aktiviti-aktiviti suria;
- astrometri dan mekanik cakerawala.
Pihak balai cerap turut menganjurkan sebuah persidangan astronomi tahunan bernama "Fizik Angkasa" (Rusia: Физика космоса, rumi: Fizika Kosmosa ).[7] Rombongan juga dijalankan di balai cerap serta dikunjungi golongan pelajar astronomi Rusia.[8][4]
Kelengkapan
[sunting | sunting sumber]Teleskop-teleskop yang terdapat di dalam balai cerap termasuk:[9]
- Teleskop cermin 700 mm dengan fotometer bersaluran pelbagai
- Teleskop 600 mm dengan tapak khatulistiwa
- Teleskop AZT-3 4553 mm dengan kamera CCD
- Teleskop astrogeodesik SBG 500 mm dengan kamera CCD
- Teleskop suria mengufuk 400 mm dengan spektrograf
- Teleskop azimut berdiameter 1.2 meter dengan spektrograf CCD bergentian optik
- Teleskop robot 400 mm, MASTER-II-URAL dengan dua buah kamera CCD bagi tujuan pemerhatian secara automatik.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Astronomical Observatory". insma.urfu.ru. Dicapai pada 2020-11-02.
- ^ a b "Опасные ситуации природного характера. Ч. 1-1 | Баньковский Лев Владимирович". Issuu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-02.
- ^ a b Bankovskiy, L. V. (2008). Кафедра астрономии и Коуровская обсерватория. Начало космической эры (dalam bahasa Rusia) (ed. kedua). Solikamsk. ISBN 5-89469-002-1.
- ^ a b "(4964) Kourovka = 1979 OD15 = 1986 RY6". Minor Planet Center, International Astronomical Union (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 November 2020.
- ^ Artem Y. Burdanov, Paul Benni, Vadim V. Krushinsky, Alexander A. Popov, Evgenii N. Sokov, Iraida A. Sokova, Sergei A. Rusov, Artem Yu. Lyashenko, Kirill I. Ivanov, Alexei V. Moiseev, Denis A. Rastegaev, Vladimir V. Dyachenko, Yuri Yu. Balega, Özgür Baştürk, Ibrahim Özavcı, Damian Puchalski, Alessandro Marchini, Ramon Naves, Stan Shadick, Marc Bretton, First results of the Kourovka Planet Search: discovery of transiting exoplanet candidates in the first three target fields, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, Volume 461, Issue 4, 01 October 2016, Pages 3854–3863, https://doi.org/10.1093/mnras/stw1580
- ^ "Photometric study sheds more light on the properties of the intermediate polar V1033 Cas". phys.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-02.
- ^ Panacheva, Anastasia (2019-02-02). ""Откуда мы взялись и куда идем": уральские астрономы о звездах, метеоритах и космической угрозе" (dalam bahasa Rusia). Nasha Gazeta (Yekaterinburg). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-02. Dicapai pada 2019-02-09.
- ^ Bulatov, Alexei (2016-03-04). "Экскурсия по Коуровской астрономической обсерватории (фотогалереи)" (dalam bahasa Rusia). Komsomolskaya Pravda. Dicapai pada 2019-02-09.
- ^ Zakharova, P. E. (1995). 30 лет астрономических исследований в Коуровской обсерватории (PDF). Fizika Kosmosa (dalam bahasa Rusia). Yekaterinburg: Universiti Persekutuan Ural.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Rusia) Laman rasmi