Pergi ke kandungan

Baju rantai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah baju rantai atau baju besi.

Baju rantai (juga dikenali sebagai badjoe-rante, baju besi, baju rante, wadjoe-rante, and waju rante) adalah salah satu jenis zirah (baju pelindung) dari kepulauan Nusantara (Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Filipina).

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama itu berasal daripada perkataan Jawa kuno, baju berasal dari kata waju yang bermaksud jaket, baju, atau pakaian,[1]:2174 manakala rantai berasal daripada rante, rantay, atau ranti yang bermaksud rantai, tali, atau karangan bunga.[1]:1504

Keterangan

[sunting | sunting sumber]

Baju rantai adalah zirah rantai yang dikerjakan menjadi bentuk baju. Ia terdiri daripada cincin besi kecil, tidak memiliki kolar dan lengan yang mencapai siku. Hujung bawah kira-kira setinggi paha. Zirah jenis ini digunakan oleh pelbagai kumpulan etnik di Indonesia.[2]

Sebuah baju rantai dari Sulawesi Selatan.

Salah satu yang paling awal menyebutkan baju rantai wujud dalam prasasti Tamblingan Bali, yang direkodkan sebagai baju besi. Prasasti Tamblingan Pura Endek I Lempeng Besar I mencatatkan kewujudan pembuat baju besi di Bali. Prasasti ini diperkirakan berasal dari tahun 844 Saka (922 M). Isi kandungan prasasti tersebut ialah:

...thani anteken ya parmasan ulih juru pande, apan khu tumkap baju besi.
...mereka tidak dikenakan bayaran parmasan oleh tukang pandai besi (juru pande) kerana mereka membuat baju besi.

Ini menunjukkan bahawa orang Tamblingan tidak dikenakan bayaran parmasan oleh juru pandai besi kerana mereka membuat perisai baju besi.[3]:12

Kidung Panji Wijayakrama-Rangga Lawe, sebuah naskah kidung Jawa yang menceritakan tentang pemberontakan Rangga Lawe terhadap Majapahit pada tahun 1295 masehi menyebut waju rante, yang berarti baju yang terdiri atas rantai-rantai besi. Zoetmulder mencatatkan penggunaan pakaian khusus untuk pahlawan: Dalam penelitiannya tentang orang Jawa kuno ia mendapati tentera yang disebut bala winaju gangsa ranti,[4]:1370 yang berarti tentera berbaju gangsa ranti. Gangsa (dari kata sansekerta: kangśa) merujuk pada semacam aloi tembaga dan timah,[4]:275 sedangkan ranti berarti rantai.[4]:919

Hikayat Banjar mencatat perlengkapan Bhayangkara di istana Majapahit, termasuk:

Maka kaluar dangan parhiasannya orang barbaju-rantai ampat puluh sarta padangnya barkupiah taranggos sakhlat merah, orang mambawa astenggar [senapang sundut] ampat puluh, orang mambawa parisai sarta padangnya ampat puluh, orang mambawa dadap [sejenis perisai][Catatan 1] sarta sodoknya [senjata mirip tombak dengan mata lebar][Catatan 2] sapuluh, orang mambawa panah sarta anaknya sapuluh, yang mambawa tumbak parampukan[Catatan 3] barsulam amas ampat puluh, yang mambawa tameng Bali bartulis air mas ampat puluh.
— Hikayat Banjar, 6.3[5]:Baris 1209–1214[6]:204–205

Baju rantai Bugis.

Dua komuniti etnik terkait di Sulawesi Selatan, suku Bugis dan Makassar, juga mengadopsi baju besi rantai yang mereka sebut waju rante atau waju ronte. Zirah ini dibuat oleh sebliangan cincin besi yang terikat satu sama lain, yang membuatnya mirip dengan rajutan.[7]:39 Selama bertahun-tahun peperangan, askar Bugis dan Makassar, berpakaian zirah rantai dan membawa senapang lantak yang mereka buat sendiri, memperoleh reputasi yang baik untuk keganasan dan keberanian mereka.[8]:431

Pada abad ke-17, pasukan berkuda Jawa biasanya dilengkapi dengan baju rantai, misalnya pada tahun 1678 Kapten Tack bertemu dengan 240 orang penunggang kuda yang semuanya memakai baju besi, yang mana merupakan penombak dengan baju rantai. Pasukan berkuda Trunajaya terdiri daripada kira-kira 150 orang bersenjatakan tombak dan kebanyakan mereka memakai baju rantai. Kapal diraja Banten terkenal mempunyai pendayung yang memakai baju rantai.[9]:127

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Dadap mempunyai 2 makna: Dalam bahasa Indonesia, ia merujuk kepada perisai bulat yang diperbuat daripada kulit atau rotan (Departemen Pendidikan Nasional (2008). Kamus Besar Bahasa Indonesia Pusat Bahasa Edisi Keempat. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Boleh diakses secara online di https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/dadap), manakala dalam bahasa Jawa kuno ia merujuk kepada perisai penangkal yang panjang dan sempit (lihat Zoetmulder, Petrus Josephus (1982). Old Javanese-English dictionary. The Hague: Martinus Nijhoff. m/s. 345). Dadap di Jawa nampaknya merujuk kepada perisai panjang yang agak berat, mungkin dengan hujung yang menonjol (Jákl, Jiří (2014). Literary Representations of War and Warfare in Old Javanese Kakawin Poetry (PhD thesis). The University of Queensland. m/s. 77–78.)
  2. ^ Untuk maksud sodok, lihat Gardner, Gerald Brosseau (1936). Keris and Other Malay Weapons Singapore: Progressive Publishing Company. m/s. 85.
  3. ^ Rampuk mungkin berasal dari bahasa Jawa Kuno rampog dan ngrampog, yang bermaksud "menyerang dalam jumlah yang besar". Watang parampogan dalam Jawa Kuno bermaksud tombak yang digunakan dalam parampogan, iaitu penombakan harimau (rampokan macan). Lihat Zoetmulder, Petrus Josephus (1982). Old Javanese-English dictionary. The Hague: Martinus Nijhoff. m/s. 1499.
  1. ^ a b Zoetmulder, Petrus Josephus (1982). Old Javanese-English dictionary. The Hague: Martinus Nijhoff. ISBN 9024761786.
  2. ^ Albert G. van Zonneveld: Traditional weapons of the Indonesian archipelago. C. Zwartenkot Art Books, Leiden 2001, ISBN 90-5450-004-2, m/s. 28.
  3. ^ Bagus, A.A. Gde (2013). "Perkembangan Peradaban di Kawasan Situs Tamblingan" (PDF). Forum Arkeologi. 26 (1): 1–16.
  4. ^ a b c Zoetmulder, Petrus Josephus (1995). Kamus Jawa Kuno – Indonesia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
  5. ^ Ras, Johannes Jacobus, 1968, Hikayat Bandjar. A Study in Malay Historiography. The Hague (Bibliotheca Indonesica, 1)
  6. ^ Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. ISBN 978-602-9346-00-8.
  7. ^ Hamid, Pananrangi (1990). Senjata Tradisional Daerah Sulawesi Selatan. Direktorat Jenderal Kebudayaan.
  8. ^ Tarling, Nicholas, penyunting (1992). The Cambridge History of Southeast Asia: Volume One, From Early Times to c. 1800. Cambridge University Press. ISBN 0521355052.
  9. ^ Schrieke, Bertram Johannes Otto (1957). Indonesian Sociological Studies, Selected Writings of B. Schrieke Part Two: Ruler and Realm in Early Java. 3. The Hague: W. van Hoeve.

Bacaan lebih lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • William G. Shellabear: An English–Malay Dictionary. Methodist Publishing House, Singapore 1916 (Arkib digital).