Pergi ke kandungan

Bajaur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bajaur (Urdu: باجوڑ) merupakan satu agensi (daerah) Kawasan Pentadbiran Kaum Persekutuan di Pakistan. Kedudukannya yang bersempadan dengan Afghan menjadikannya ia penting dari segi strategik. Ia mempunyai dua bahagian, Nawagai dan Khar. Sebelumnya, Nawab dari Khar Bajaur biasanya mentadbir kawasan sempadan yang strategik hampir-hampir autonomous. Peninggalan daripada sistem Nawabi masih wujud, dan keluarga Nawab biasanya diwakili oleh Nawabzada Dawood Khan (Tehsil Khan), Shams-ul-Wahab Khan (Paccha Khan) dan anak-anak lelakinya.

Situasi politik

[sunting | sunting sumber]

Muttahida Majlis-e-Amal (MMA), satu pakatan parti-parti politik berunsur ugama, mempunyai pengaruh yang besar di kawasan ini. Sahibzada Haroon-ur-Rashid (Jamaat-e-Islami) dan Maulana Mohammed Sadiq (Jamiat Ulema-e-Islam-F) adalah ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan Pakistan dan Maulana Abdur-Rasheed (JUI-F) merupakan seorang senator, ketiga-tiganya daripada MMA. Parti-parti kebangsaan, terutamanya Parti Awam Kebangsaan, mempunyai organisasi yang kukuh, manakala parti-parti politik arus perdana seperti Liga Muslim Pakistan (Q) dan Parti Rakyat Pakistan tidak banyak aktif.

Khan dari Pashat, sekarang Shahab-ud-Din Khan, memegang banyak pengaruh holds great politik terhadap penduduk tempatan/suku kaum.

Semenjak September 19, 2006, terdapat khabar-khabar angin kawasan ini merupakan tempat persembunyian Osama bin Laden.