Bahman Jadu
Penampilan
Bahman Jadu adalah anak kepada Esfandiyar, salah seorang panglima Parsi di zaman pemerintahan Khusrau II dan berketurunan etnik Pashtun.
Kehidupannya
[sunting | sunting sumber]Bahman Jadu berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan. Terlibat dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantine. Ketika menghadapi serangan tentera Islam, Bahman merupakan tulang belakang tentera Parsi dan akibat kejayaannya menewaskan tentera Islam ketika Perang Jambatan, Rostam Farrokhzad melantik beliau sebagai pembantunya.
Kematiannya
[sunting | sunting sumber]Beliau terkorban dalam Perang al-Qadisiyyah ketika bertempur dengan tentera Islam.