Bahasa kerja
Bahasa kerja (juga bahasa prosedural) ialah bahasa yang diberi status undang-undang yang unik dalam syarikat supranasional, masyarakat, negara atau badan atau organisasi lain sebagai cara komunikasi utamanya. Ia ialah bahasa kebiasaan harian dan perbualan, kerana organisasi biasanya mempunyai ahli-ahli dengan pelbagai latar belakang bahasa yang berlainan.
Kebanyakan organisasi antarabangsa mempunyai bahasa kerja untuk badan mereka. Untuk organisasi tertentu, bahasa kerja mungkin atau tidak juga menjadi bahasa rasmi.
Bahasa kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
[sunting | sunting sumber]Asalnya bahasa Inggeris dan Perancis ditubuhkan sebagai bahasa kerja di PBB. Kemudian, bahasa Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol ditambah sebagai bahasa kerja dalam Perhimpunan Agung dan dalam Majlis Ekonomi dan Sosial. Pada masa ini, bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia dan Sepanyol adalah bahasa kerja Majlis Keselamatan.[1]