Pergi ke kandungan

Bahasa-bahasa Filipina Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bahasa Filipina Tengah)
Bahasa-bahasa Filipina Tengah
Taburan
geografi:
Filipina
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Bahasa-proto:Filipina Tengah Proto
Pembahagian:
Glottolog:cent2246[1]

Bahasa-bahasa Filipina Tengah ialah kumpulan bahasa paling berkawasan luas dalam kalangan bahasa di Filipina. Keluarga bahasa ini dituturkan di selatan Luzon, Visayas, Mindanao, dan Sulu. Mereka juga yang paling ramai penduduknya, termasuk bahasa Tagalog (dan bahasa Filipina), bahasa-bahasa Bikol, dan bahasa-bahasa Bisaya utama seperti bahasa Sebu, bahasa Hiligaynon, bahasa Winaraya, bahasa Kinaraya, dan bahasa Suluk, dengan kira-kira empat puluh bahasa semuanya.[2]

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Bahasa-bahasa tersebut secara amnya dibahagikan dengan demikian:

Di samping itu, terdapat beberapa bahasa puak bukit Aeta yang nirtentu pertaliannya: bahasa Ata, bahasa Aeta Sorsogon, bahasa Aeta Tayabas, bahasa Karolan (Binukidnon Utara), bahasa Magahat (Binukidnon Selatan), bahasa Sulod, dan bahasa Umiray.

Kebanyakan bahasa di bawah bahasa-bahasa Filipina Tengah sebenarnya membentuk kesinambungan loghat dan tidak boleh dibezakan dengan ketara sebagai bahasa yang berasingan. Blust (2009) menyatakan bahawa kepelbagaian yang agak rendah ditemui dalam kalangan bahasa-bahasa Bisaya adalah disebabkan oleh perluasan penduduk baru-baru ini.[3]

Zorc (1977)

[sunting | sunting sumber]

Pokok bahasa-bahasa Filipina Tengah yang diperluas di bawah diberikan dalam 1977 disertasi Ph.D. David Zorc.[4] Subkumpulan bahasa-bahasa Bisaya ialah hasil kerja Zorc sendiri, manakala subkumpulan bahasa-bahasa Bikol adalah daripada McFarland (1974)[5] dan subkumpulan bahasa-bahasa Mansaka daripada Gallman (1974).[6]

Bahasa tersendiri ditandai dengan huruf condong, dan cabang utama dengan huruf condong tebal.

Gallman (1997)

[sunting | sunting sumber]

Andrew Gallman (1997) menolak pengelasan Zorc terhadap bahasa-bahasa Mansaka dan Mamanwa sebagai cabang utama bahasa-bahasa Filipina Tengah setaraf bahasa-bahasa Bisaya. Sebaliknya, beliau mengelompokkan bahasa-bahasa Mansaka, Mamanwa, dan Bisaya Selatan bersama-sama ke dalam subkumpulan "bahasa-bahasa Mindanao Timur", yang berpaut dengan cabang lain bahasa-bahasa Bisaya yang tinggal dalam subkumpulan "bahasa-bahasa Filipina Tengah Selatan".[21]

Bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya (Blust)

[sunting | sunting sumber]

Blust (1991)[22] menyatakan bahawa bahasa-bahasa Filipina Tengah dan bahasa-bahasa Filipina Selatan mempunyai kepelbagaian linguistik yang rendah. Berdasarkan pembaharuan kosa kata yang dikongsi secara eksklusif, beliau menempatkan subkumpulan bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya yang menyatukan cabang bahasa-bahasa Filipina Tengah dengan bahasa-bahasa Mangyan Selatan, bahasa-bahasa Palawan, bahasa-bahasa Danaw, bahasa-bahasa Manobo, bahasa-bahasa Subanon dan bahasa-bahasa Mongondow-Gorontalo, yang terakhir terdapat di Sulawesi utara.

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Central Philippine". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Ethnologue.
  3. ^ Blust, Robert A. The Austronesian Languages. Canberra: Pacific Linguistics, Research School of Pacific and Asian Studies, Australian National University, 2009. ISBN 0-85883-602-5, ISBN 978-0-85883-602-0.
  4. ^ Zorc, David Paul. The Bisayan Dialects of the Philippines: Subgrouping and Reconstruction. Canberra, Australia: Dept. of Linguistics, Research School of Pacific Studies, Australian National University, 1977, p. 33.
  5. ^ McFarland, Curtis D. The Dialects of the Bikol Area. Ph.D. dissertation. New Haven: Dept. of Liunguistics, Yale University, 1974.
  6. ^ Gallman, Andrew Franklin. A Reconstruction of Proto-Mansakan. M.A. dissertation. Arlington, Texas: Dept. of Liunguistics, University of Texas at Arlington, 1974.
  7. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Jaun-Jaun notes.
  8. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Kantilan notes.
  9. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Naturalis notes.
  10. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Odionganon notes.
  11. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Sibalenhon (Bantu-anon) notes.
  12. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Pandan notes.
  13. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Bulalakawnon notes.
  14. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Dispoholnon notes.
  15. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Loocnon notes.
  16. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Datagnon notes.
  17. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Santa Teresa notes.
  18. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Semirara notes.
  19. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Kuyonon notes.
  20. ^ Word list: Zorc, R. David. 1972. Kuyonon (dialects) notes.
  21. ^ Gallman, Andrew Franklin. 1997. Proto East Mindanao and its internal relationships. Philippine Journal of Linguistics, Special monograph issue, no. 44. Manila: Linguistic Society of the Philippines.
  22. ^ Blust, Robert (1991). "The Greater Central Philippines hypothesis". Oceanic Linguistics. 30 (2): 73–129. doi:10.2307/3623084. JSTOR 3623084.

Templat:Philippine languagesTemplat:Austronesian languagesTemplat:Languages of the Philippines