Bahasa Eyak
Eyak | |
---|---|
I.ya.q | |
Asli kepada | Amerika Syarikat |
Kawasan | Cordova, Alaska |
Pupus | 21 Januari 2008, setelah kematian Marie Smith Jones |
Yenisei-Dene
| |
Rumi | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | eya |
ELP | Eyak |
Bahasa Eyak ialah sebuah bahasa Na-Dené pupus yang pernah dituturkan di kawasan selatan Alaska, berhampiran muara Sungai Copper.
Marie Smith Jones (14 Mei 1918 – 21 Januari 2008)[1][2][3] dari Cordova ialah penutur asli terakhir bahasa itu, dan juga orang Eyak jati yang terakhir. Disebabkan kepupusan penutur aslinya, bahasa Eyak dijadikan lambang perjuangan membanteras kepupusan bahasa.[4]
Perluasan bahasa Inggeris serentak dengan sekatan terhadap bahasa-bahasa pribumi bukan satu-satunya sebab merosotnya bahasa Eyak. Penghijrahan kaum Tlingit di sekitar Yakutat ke arah utara pada zaman sebelum kedatangan penjelajah barat menggalakkan penggunaan bahasa Tlingit berbanding bahasa Eyak di sepanjang Pantai Pasifik Alaska. Selain itu, Bahasa Eyak juga menerima tekanan daripada jiran-jirannya di barat, iaitu kaum Alutiiq di Prince William Sound, dan juga para penduduk lembah Sungai Copper. Kebudayaan Eyak dan Tlingit mula bergabung di sepanjang Pantai Teluk, sehingga sebilangan penutur bahasa Eyak diserap ke dalam kelompok Tlingit di Pantai Teluk. Hal ini menyebabkan bahasa Eyak lama-kelamaan digantikan oleh bahasa Tlingit di kalangan kelompok bercampur selepas beberapa turun-temurun, seperti yang diceritakan dalam sejarah lisan Tlingit di kawasan tersebut.
Saudara-saudara terdekat bahasa Eyak ialah bahasa-bahasa Athabaskan. Gugusan bahasa Eyak-Athabaskan bersama bahasa Tlingit, membentuk bahagian asas dalam filum bahasa Na-Dené.
Sebilangan nama tempat Tlingit di sepanjang Pantai Teluk berasal daripada nama-nama Eyak yang tidak membawa erti dalam bahasa Tlingit, namun dikekalkan oleh tradisi lisan. Kewujudan nama Tlingit terbitan bahasa Eyak di sepanjang pesisir pantai hingga ke bahagian tenggara Alaska merupakan bukti kukuh bahawa taburan bahasa Eyak prasejarah lebih besar berbanding waktu kedatangan penjelajah Eropah, sekaligus mengesahkan sejarah lisan yang diceritakan oleh orang-orang Tlingit dan Eyak di seluruh rantau tersebut.
Konsonan
[sunting | sunting sumber]Dwibibir Gusi Pascagusi
/ LelangitLelangit
lembutUvular Glotis Tengah Sisian Biasa Terbibir Hentian Tak berhembusan d [t] g [k] gw [kʷ] g̣ [q] Berhembusan t [tʰ] k [kʰ] q [qʰ] Ejektif t' [tʼ] k' [kʼ] q' [qʼ] ' [ʔ] Letusan Tak berhembusan dz [ts] dl [tɬ] j [tʃ] Berhembusan ts [tsʰ] tl [tɬʰ] ch [tʃʰ] Ejektif ts' [tsʼ] tl' [tɬʼ] ch' [tʃʼ] Geseran s [s] ł [ɬ] sh [ʃ] x [x] xw [xʷ] x̣ [χ] h [h] Sengauan (m [m]) n [n] Malaran tak geser l [l] y [j] w [w]
Perhatian: Bunyi /w/ tidak begitu terbibir, sementara bunyi /m/ bukan asli dalam bahasa Eyak.
Vokal
[sunting | sunting sumber]Tegang/Panjang Kendur/Pendek depan pusat belakang depan pusat belakang close i. [iː] u. [uː] i [ɪ] u [ʊ] mid e. [eː] e [ɛ]/æ [ɛ] a [ə] open a. [aː] a [a]
Vokal yang diikuti oleh "n" disengaukan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "ADN.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-29. Dicapai pada 2010-01-21.
- ^ BBC News | Americas | Last Alaska language speaker dies
- ^ "How Do You Learn a Dead Language?", Christine Cyr, Slate, 28 Januari 2008
- ^ Marie Smith | Economist.com
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Krauss, Michael E., ed. 1982. In Honor of Eyak: The Art of Anna Nelson Harry. Fairbanks: Alaska Native Language Center. ISBN 0933769032
- Krauss, Michael E., and Jeff Leer. Athabaskan, Eyak, and Tlingit Sonorants. Alaska Native Language Center Research Papers No. 5. Alaska Native Language Center, University of Alaska, P.O. Box 757680, Fairbanks, AK 99775-7680, 1981. ISBN 0933769350
- New Yorker, June 6, 2005: "Last Words, A Language Dies" oleh Elizabeth Kolbert
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Native Village of Eyak (tapak web rasmi kaum Eyak)
- Alaska Native Language Center
- Wrangell's 1839 Comparative Word-List of Alaskan languages (termasuk Eyak)
- Rencana BBC News mengenai kematian penutur asli terakhir sekali dengan gambarnya. (Tarikh rencana 24 Januari 2008).
- Eyak Preservation Council Diarkibkan 2008-12-20 di Wayback Machine
- From Stewards to Shareholders: Eyaks Face Extinction (temu bual).
- The Eyak Corporation (ANSCA Corporation)