Bahasa Eskimo Purba
Bahasa Eskimo Purba | |
---|---|
Rekonstruksi | Bahasa-bahasa Eskimo |
Zaman | lebih kurang pada 2000 tahun sebelum masihi |
Rekonstruksi turutan |
Bahasa Eskimo Purba ialah leluhur bahasa yang direkonstruksi untuk bahasa-bahasa Eskimo.[1] Ia dituturkan oleh leluhur orang-orang Yupik dan Inuit. Secara linguistik ia berkaitan dengan bahasa Aleut dan kedua-dua bahasa ini adalah keturunan bahasa Eskimo-Aleut Purba.[2]
Kajian-kajian perbandingan bahasa-bahasa Eskimo dan Aleut mencadangkan bahawa bahasa Eskimo Purba dan bahasa Aleut Purba bercambah di antara 4000 tahun sehingga 2000 tahun sebelum masihi.[3][4]
Fonologi
[sunting | sunting sumber]Menurut Ensiklopedia Linguistik Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Encyclopedia of Linguistics), "bahasa-bahasa Eskimo menunjukkan kelainan utama pada fonologi dan perbendaharaannya berbanding sintaksnya. Fonologi bahasa Aleut tidak begitu luar biasa berbanding fenomena menarik yang ditunjukkan pada kebanyakan kelainan bahasa-bahasa Eskimo. Bahasa Eskimo Purba mempunyai empat bunyi vokal iaitu */i a u ə/, tetapi sedikit atau hampir tiada bunyi-bunyi vokal atau diftong panjang dijumpai pada mana-mana bahasa-bahasa moden tersebut."[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fortescue, Michael, Steven Jacobson, and Lawrence Kaplan. 1994. Comparative Eskimo Dictionary with Aleut Cognates. Alaska Native Language Center.
- ^ BERGE, A. (2010). Origins of Linguistic Diversity in the Aleutian Islands. Human Biology, 82(5/6), 557-581. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/41466704
- ^ Bergsland, K. 1986. Comparative Eskimo- Aleut phonology and lexicon. J. Soc. Finno-Ougrienne 80:63-137.
- ^ Bergsland, K. 1989. Comparative aspects of Aleut syntax. J. Soc. Finno-Oug
- ^ International Encyclopedia of Linguistics: AAVE-Esperanto. Vol. 1 (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 2003. m/s. 522–523. ISBN 9780195139778.