Bahasa Cina lisan
Bahasa Cina | |
---|---|
Taburan geografi: | — |
Klasifikasi bahasa: | Sino-Tibet
|
Pembahagian: |
|
Bahasa Cina lisan (Cina Ringkas: 汉语方言 ; Cina Tradisional: 漢語方言 ) terdiri atas berbagai macam kelainan, yang terdiri daripada Bahasa Mandarin, Bahasa Wu, Bahasa Kantonis, Bahasa Min, Bahasa Gan, Bahasa Hunanis dan Bahasa Hakka. Bahasa-bahasa ini untuk alasan-alasan sosiologi dan politik biasanya dikumpulkan menjadi satu kumpulan bahasa Cina.
Istilah dialek yang digunakan sebagai padanan kata Fangyan kiranya tidak cukup untuk menggambarkan keperbedaan antara Fangyan - Fangyan (bahasa daerah) yang ada. Sama seperti dialek-dialek di Indonesia yang kadang-kadang penggunanya tidak saling memahami satu dengan yang lain, bahkan lebih lagi, demikianlah "kelainan" bahasa Cina lisan tidak dapat difahami antara seorang penutur dengan penutur kelainan / dialek yang berbeza.
Kebanyakan pakar bahasa menganggap semua varian bahasa Cina sebagai sebahagian daripada rumpun bahasa Sino-Tibet dan mereka percaya bahawa dahulu kala pernah ada sebuah bahasa proto yang mirip situasinya dengan bahasa proto Indo-Eropah di mana semua bahasa-bahasa Cina, Tibet dan Myanmar adalah bahasa derivatif. Hubungan antara bahasa Cina, di satu sisi dengan bahasa Sino-Tibet yang lain masih belum begitu jelas berbeza dengan bahasa-bahasa Indo-Eropah. Para pakar masih secara aktif membina semula bahasa proto Sino-Tibet. Kesulitan utamanya ialah bahawa walaupun banyak sekali dokumentasi di mana kita boleh membina semula bunyi-bunyi bahasa Cina kuna, tidak ada dokumentasi mengenai sejarah perkembangan dari bahasa proto Sino-Tibet menjadi bahasa-bahasa Cina. Selain itu banyak bahasa yang boleh membantu kita membina semula bahasa proto Sino-Tibet, kurang didokumentasikan dan masih belum dikenal dengan baik.
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.