Pergi ke kandungan

Bahasa Armenia Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Armenia Barat
արեւմտահայերէն arevmdahayerēn
Asli kepadaDataran Tinggi Armenia, Lubnan, Turki, Syria
Penutur bahasa
1.4 (2001–2016)
Indo-Eropah
Abjad Armenia
Kod bahasa
ISO 639-3hyw
Glottologhoms1234
Linguasphere57-AAA-aca to 57-AAA-act
Peta dialek-dialek bahasa Armenia pada awal abad ke-20: bahasa Armenia Barat ditampilkan dalam warna kuning

Bahasa Armenia Barat (Ejaan Klasik: արեւմտահայերէն, arevmdahayerēn) ialah salah satu dari dua varian baku bahasa Armenia Moden, varian lain ialah Bahasa Armenia Timur. Bahasa ini berdasarkan pada dialek Istanbul, berbeza dengan bahasa Armenia Timur yang berdasarkan pada dialek Yerevan.

Sehingga awal abad ke-20, pelagai dialek Armenia Barat digunakan di Empayar Uthmaniyyah, terutama di bahagian timur yang dihuni oleh orang-orang Armenia. Dialek-dialek yang termasuk dalam bahasa Armenia Barat yang masih digunakan sehingga kini ialah Homshetsi, yang dituturkan oleh orang Hemshin di Turki;[1] Kessab, Latakia, dan Jisr al-Shughur di Syria; Anjar di Lubnan; dan Vakıflı di Turki.

Selain itu, terdapat juga dialek Karin yang dituturkan oleh beberapa ratus ribu orang di Armenia Utara, terutama di Gyumri, Artik, Akhuryan, dan sekitar 130 desa di Wilayah Shirak,[2] dan oleh orang Armenia di Wilayah Samtskhe-Javakhefi di Georgia.[3]

Oleh kerana ia merupakan bahasa diaspora dan tidak memiliki status rasmi di mana-mana negara, bahasa Armenia Barat di ambang kepupusan kerana penutur bahasa ibunda mulai kehilangan kefasihan berbahasa Armenia Barat akibat tuntutan untuk berasimilasi dengan negara tempat tinggal mereka. Dianggarkan, penutur yang fasih berbahasa Armenia Barat berjumlah kurang dari satu juta di luar Armenia dan Georgia.

Bahasa Armenia Timur dan Armenia Barat pada umumnya dapat difahami satu sama lain oleh orang-orang yang berpelajar, sementara mereka yang buta huruf sukar untuk memahami varian yang berbeza.

Bahasa Armenia Barat ialah bahasa Indo-Eropah yang digunakan oleh sebahagian besar orang Armenia di Timur Tengah kecuali Iran, dan Rostov-na-Donu di Rusia. Bahasa ini dituturkan oleh sebahagian kecil orang Armenia di Turki.[4] Bahasa Armenia Barat dahulunya merupakan varian bahasa Armenia yang paling dominan di Turki Timur, tetapi setelah terjadinya Genosida Armenia, bahasa Armenia Barat mulai lenyap dari kawasan bersejarah Armenia Barat. Para pelarian yang melarikan diri ke Armenia Timur mulai bertutur dalam bahasa Armenia Timur. Satu-satunya dialek bahasa Armenia Barat yang masih digunakan di Armenia Barat ialah dialek Homshetsi, kerana orang-orang Hemshin selamat dari genosida kerana telah menjadi Muslim.

Pada 21 Februari 2009, Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa diperingati dengan penerbitan edisi baru Atlas Bahasa Dunia yang Terancam oleh UNESCO di mana bahasa Armenia Barat di Turki digolongkan sebagai bahasa yang terancam.[5][6]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Victor A. Friedman (2009). "Sociolinguistics in the Caucasus". Dalam Ball, Martin J. (penyunting). The Routledge Handbook of Sociolinguistics Around the World: A Handbook. Routledge. m/s. 128. ISBN 978-0415422789.
  2. ^ Baghdassarian-Thapaltsian, S. H. (1970). Շիրակի դաշտավայրի բարբառային նկարագիրը. Bulletin of Social Sciences (dalam bahasa Armenia) (6): 51–60.
  3. ^ Hovannisian, Richard, penyunting (2003). Armenian Karin/Erzerum. Costa Mesa, California: Mazda Publ. m/s. 48. ISBN 9781568591513.
  4. ^ LLC, Helix Consulting. "Turkologist Ruben Melkonyan publishes book "Review of Istanbul's Armenian community history"". Panorama.am.
  5. ^ UNESCO Culture Sector, UNESCO Interactive Atlas of the World's Languages in Danger, 2009
  6. ^ "UNESCO: 15 Languages Endangered in Turkey, by T. Korkut, 2009". Bianet.org.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]