Bahasa Aariya
Bahasa Aariya merupakan bahasa seakan-akan palsu Madhya Pradesh, India.
Menurut penyerahan yang telah dibuat pada tahun 2007 kepada Lembaga Pendaftaran ISO 639-3 yang menyebabkan kod bahasa ini ditarik balik, satu-satunya rujukan bagi bahasa ini ialah sebuah kerja tahun 1970 bertajuk Sebuah indeks bibiliografi bahasa dan dialek kurang dikenali India dan Nepal (A bibliographical Index of the Lesser Known Languages and Dialects of India and Nepal) oleh Richard Hugoniot, yang bergantung kepada maklumat oleh Kebajikan Kaum Jabatan Madhya Pradesh dari tahun 1964 dan menunjukkan kehadiran bahasa Aariya sebagai suku kaum yang dijadualkan.[1]
Tiada apa-apa yang diketahui mengenai bahasa ini. Kajian terkini gagal untuk mendedahkan mana-mana penutur bahasa ini atau sesiapa yang mempunyai ilmu pengetahun mengenai bahasa ini. Sama ada ini bermaksud bahasa ini tidak pernah wujud atau bermungkinan populasi yang menuturnya telah hilang masih tidak jelas.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "ISO 639-3 request" (PDF). Dicapai pada 2008-08-19.