Bahasa-bahasa Nilo-Sahara
Nilo-Sahara | |
---|---|
(dipertikai) | |
Taburan geografi: | Afrika Tengah tengah-utara dan Afrika Timur |
Klasifikasi bahasa: | Salah satu keluarga-keluarga bahasa utama dunia sekiranya sah |
Pembahagian: | |
ISO 639-2 / 5: | ssa |
Glottolog: | Tiada |
Taburan bahasa-bahasa Nilo-Sahara (kuning) |
Bahasa-bahasa Nilo-Sahara ialah usulan keluarga bahasa yang ditutur oleh sekitar 50–60 juta orang, terutamanya di kawasan hilir Sungai Chari dan Sungai Nil, termasuk petempatan bersejarah Nubia di utara tempat percantuman dua anak sungai Nili. Kelompok bahasa ini merentasi through negara di utara Africa: dari Algeria ke Benin di barat; dari Libya ke Republik Demokratik Congo di tengah; dan dari Mesir ke Tanzania di timur.
Bahasa-bahasa Nilo-Sahara merupakan keluarga bahasa dari pedalaman Afrika, termasuk lembangan Nil dan pusat Sahara. Lapan daripada cabang yang diusulkan (tidak termasuk Kunama, Kuliak dan Songhai) dituturi di Sudan dan Sudan Selatan, kawasan pengaliran Sungai Nil.
Walau bagaimanapun, pengelasan ini tidak diterima secara sejagat dalam bidang linguistik. Pengelasan ini tidak diterima dalam Glottolog (2013); Georgiy Starostin (2016) pula tidak menerima keluarga bahasa ini melainkan kajian linguistik lanjutan dapat membuktikan perkaitan sesama bahasa. Menurut Güldemann (2018), hipotesis keluarga bahasa Nilo-Sahara tidak dapat disahihkan dengan kajian-kajian ada dimiliki sekarang.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Güldemann, Tom (2018). "Historical linguistics and genealogical language classification in Africa". Dalam Güldemann, Tom (penyunting). The Languages and Linguistics of Africa. The World of Linguistics series. 11. Berlin: De Gruyter Mouton. m/s. 299–308. doi:10.1515/9783110421668-002. ISBN 978-3-11-042606-9.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Roger Blench: Nilo-Saharan
- (Inggeris) Senarai bahasa Nilo-Sahara (Blench 2012)