Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia
Penampilan
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia merupakan penggerak utama pentadbiran Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Visi
[sunting | sunting sumber]- Menjadikan Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia adalah nadi dan penggerak utama pentadbiran Jabatan Perdana Menteri yang menyediakan pengurusan cemerlang yang boleh dicontohi oleh semua agensi.
Misi
[sunting | sunting sumber]- Memberi perkhidmatan dalam pengurusan pejabat, Aset dan ICT, keurusetiaan majlis-majlis rasmi, penyelenggaraan kompleks, pengangkutan, perpustakaan, kebajikan dan sukan.
- Mengawal, meyelaras dan memantau peruntukan/ perbelanjaan mengurus, urusan pembayaran, pinjaman dan pendahuluan diri/pelbagai.
- Mengawal, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek-projek pembangunan.
- Mengkaji, merancang, mengurus dan membangunkan keperluan sumber manusia, struktur organisasi dan hal ehwal perkhidmatan.
- Merancang, melaksana dan menyelaras program-program perhubungan awam dan kerja-kerja dokumentasi dalam memperkukuhkan identiti dan imej jabatan.
- Merancang, melaksana, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlindungan serta memberi khidmat nasihat bagi menjamin keselamatan unit/bahagian/jabatan/kerajaan.
- Memberikan perkhidmatan keurusetiaan yang cekap dan berkesan kepada MAKSAK dan PUSPANITA Kebangsaan.
Objektif
[sunting | sunting sumber]- Menentukan pengurusan perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia dilaksanakan dengan cemerlang dan berterusan mengikut peraturan dan arahan yang berkuatkuasa
Piagam pelanggan
[sunting | sunting sumber]- Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan serta layanan pelanggan yang adil dan saksama.
- Memberi perkhidmatan sokongan yang cepat, cekap dan tepat mengikut peraturan dan prosedur serta mewujudkan suasana bekerja yang selesa bagi membolehkan objektif Jabatan tercapai
- Menguruskan pengurusan sumber manusia yang tepat, cepat dan cekap mengikut peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa
- Menguruskan pengurusan kewangan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
- Menguruskan pengurusan pembangunan projek mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
- Memberi khidmat pengurusan keselamatan bagi menjamin tahapnya sentiasa di peringkat yang tinggi
- Memberi khidmat keurusetiaan yang cekap dan berkesan bagi program MAKSAK dan PUSPANITA kebangsaan mencapai matlamat.
Unit-unit di bawah Cawangan Pengurusan Am
[sunting | sunting sumber]- Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan
- Unit Kewangan
- Unit Keselamatan
- Unit Pembangunan
- Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi
- PUSPANITA
- Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK)
Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan
[sunting | sunting sumber]- Bertanggungjawab untuk menjaga dan memantau kerja-kerja kebersihan pejabat di dalam Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
- Menyelenggara semua kemudahan pejabat, peralatan, perabot, mesin kenderaan, tempat letak kenderaan dan bilik mesyuarat.
- Menyediakan kemudahan kenderaan, pemandu dan mengendalikan urusan yang berkaitan dengannya.
- Menjadi urusetia kepada majlis-majlis rasmi Jabatan/Jawatankuasa 4P Hari Kebangsaan.
- Menjadi urusetia kepada lawatan pelawat-pelawat luar negara yang bertaraf Menteri yang menjadi tetamu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
- Bertanggungjawab sebagai Jawatankuasa Hadiah bagi Tilawah Al-Quran, Pertandingan Nasyid dan Menghafaz Al-Quran.
- Mengendalikan urusan surat menyurat dan sistem pengurusan fail.
- Mengendalikan urusan pakaian seragam bagi Pemandu, Pembantu Am Rendah, Pekerja Rendah Awam dan Pengawal Keselamatan.
- Mengendalikan dan menyelenggarakan urusan pemasangan telefon/fax.
- Memproses permohonan keluar negeri secara persendirian.
- Mengedar pekeliling-pekeliling dan surat pekeliling kepada Unit/Bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri.
- Mengawal perjalanan semua peringkat fail {Rahsia, Sulit, Terbuka} untuk tindakan pegawai/kakitangan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
- Memproses borang-borang pencalonan bintang dan pingat persekutuan bagi pegawai dan kakitangan daripada Unit/ Jabatan/Bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri.
- Membangun, menyelenggara dan melaksanakan sistem ICT
- Menyediakan perkhidmatan perpustakaan.
- Mengelolakan aktiviti kebajikan, sukan dan sosial Jabatan Perdana Menteri.
Unit Kewangan
[sunting | sunting sumber]- Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua Belanja Mengurus (B07) mengikut prosedur dan peraturan semasa.
- Mengemukakan dokumen pembayaran gaji bulanan pegawai dan kakitangan tepat pada tarikh yang ditetapkan oleh Akauntan Negara.
- Memproses semua tuntutan bil, tuntutan perjalanan dan tuntutan lebih masa, permohonan pinjaman kenderaan, pembiayaan komputer dan kelab rekreasi & sukan, pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai dan elaun pakaian panas.
- Mengeluarkan waran peruntukan, pesanan tempatan dan waran perjalanan serta menguruskan pindah peruntukan.
- Mengawal Akaun Amanah/Deposit dan Hasil bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
- Mengurus segala teguran audit.
- Menyelaras kehadiran Pegawai Jabatan Perdana Menteri semasa perbahasan Belanjawan di Parlimen
- Semakan belanjawan majlis rasmi dan lawatan negara
Unit Pembangunan
[sunting | sunting sumber]- Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua Belanja Pembangunan (B07) mengikut prosedur dan peraturan semasa.
- Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri.
- Mengeluarkan pembayaran bagi projek-projek kerajaan yang telah diluluskan.
- Menyelaras dan mengendalikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (National Infrastructure for Land Information System - NaLIS).
- Menyelaras dan mengendalikan Sistem Pemantauan Projek (PMS).
- Mengurus dan menyelaras segala teguran audit.
Unit Keselamatan
[sunting | sunting sumber]- Memberi khidmat nasihat mengenai kawalan Keselamatan Perlindungan kepada Jabatan-Jabatan, Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
- Membuat naziran bagi menentukan bahawa kelemahan-kelemahan keselamatan serta syor-syor keselamatan dilaksanakan.
- Membuat pemeriksaan mengejut di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya bagi menjamin keselamatan perlindungan diamalkan.
- Menyelaras dan menguruskan pengeluaran kad/pas keselamatan.
- Menguatkuasakan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlindungan yang ditetapkan oleh jawatankuasa keselamatan perlindungan, Jabatan Perdana Menteri.
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi
[sunting | sunting sumber]- Memberi taklimat berkaitan peranan Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi di bawahnya kepada pelawat dan orang ramai.
- Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Pengaduan Awam Jabatan dalam memberi jawapan balas kepada aduan-aduan awam yang diterima.
- Mengadakan hubungan mesra dengan pihak media massa dan pegawai-pegawai perhubungan awam dari agensi-agensi lain serta orang ramai.
- Mengeluarkan bahan-bahan maklumat berbentuk buletin, makalah dan brosur untuk maklumat kakitangan dan orang ramai.
- Merekacipta konsep grafik dan menyediakan bahan-bahan grafik dan visual untuk keperluan pameran dan publisiti.
- Mengendalikan kerja-kerja berkaitan percetakan, fotostat, setting dan lain-lain tugas am percetakan.
Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan
[sunting | sunting sumber]- Memberi khidmat penyelarasan dan keurusetiaan yang berkesan kepada MAKSAK Gabungan di seluruh negara.
- Merancang dan melaksana Program/Aktiviti Tahunan MAKSAK.
- Mengurus Kewangan/Pelaburan dan Harta MAKSAK.
- Mengurus Laporan dan Dokumentasi.
PUSPANITA Kebangsaan
[sunting | sunting sumber]- Memberi khidmat penyelarasan keurusetiaan yang berkesan kepada PUSPANITA Malaysia.
- Merancang dan melaksana Program/Aktiviti Tahunan PUSPANITA
- Mengurus Kewangan/Pelaburan dan Harta PUSPANITA.
- Mengurus Laporan & Dokumentasi
Unit-unit di bawah Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
[sunting | sunting sumber]- Unit Pengurusan Sumber Manusia (Operasi)
- Unit Pembangunan Sumber Manusia
- Unit Penyelidikan Sumber Manusia
Unit Pengurusan Sumber Manusia
[sunting | sunting sumber]- Menguruskan pengambilan sumber manusia di peringkat Jabatan Perdana Menteri.
- Menguruskan proses pemilihan dan perlantikan sumber manusia di peringkat Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri
- Menguruskan urusan penempatan dan pertukaran pegawai mengikut kesesuaian jawatan, kerja dan masa.
- Mengurusan hal-hal perkhidmatan.
- Menguruskan sistem disiplin dan pengendalian tatatertib.
- Menguruskan pengendalian LNPT
- Menguruskan pengendalian PPG
- Menguruskan permohonan rasmi keluar negeri.
Unit Pembangunan Sumber Manusia
[sunting | sunting sumber]- Menguruskan program latihan sumber manusia.
- Menguruskan peperiksaan perkhidmatan.
- Pencalonan menghadiri kursus luar negeri.
- Menyediakan khidmat kaunseling dan membantu proses penyelesaian masalah sumber manusia.
- Menguruskan kenaikan pangkat/pemangkuan.
- Memantau dan membangunkan prestasi pegawai.
- Menjadi urusetia kepada Majlis Penyampaian Khidmat Cemerlang.
- Mengurus pengendalian MBJ di peringkat Jabatan Perdana Menteri.
- Memantau/Memproses permohonan aktiviti luar Jabatan.
Unit Penyelidikan Sumber Manusia
[sunting | sunting sumber]- Menguruskan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SISPEN) yang berkesan.
- Perancangan sumber manusia dari segi keperluan kepakaran, kuantiti dan kualiti.
- Mengkaji, memeriksa dan memberi ulasan ke atas cadangan penyusunan semula struktur organisasi agensi-agensi- di bawah Jabatan Perdana Menteri.
- Menguruskan pengendalian JKP di peringkat Jabatan Perdana Menteri.
- Penyelidikan, kajian dasar dan strategi baru program pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://www.bpk.jpm.my/index.htm Diarkibkan 2004-03-12 di Wayback Machine