Badi (filem)
Badi | |
---|---|
Pengarah | Eyra Rahman |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 15 Oktober 2015 (Malaysia) |
Masa tayangan | 89 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Badi merupakan sebuah filem seram Malaysia 2015 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures, ditayangkan pada 15 Oktober 2015.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar). Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Adibah Yunus sebagai Sarah[1]
- Azwan Kombos sebagai Joe
- Hanif Safuan sebagai Faiz
- Sharisa Haris sebagai Tania
- Navilya Husna sebagai Kila
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Rashidah Jaafar sebagai Mek Nak
- Ayang Abbas sebagai Leha
- Zakaria Zahid sebagai Udin
- Iskandar Nor sebagai Tauke Warung
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Atikah Suhaime sebagai Isteri Yob
- Hairi Safwan sebagai Yob
- Epy Kodiang sebagai Kawan Yob
Penerbitan dan keluaran
[sunting | sunting sumber]Badi diarahkan oleh Eyra Rahman, ia merupakan filem seram ketiga arahannya selepas Pengantin Malam dan Gudang Kubur. Filem ini ditayangkan pada 15 Oktober 2015 di pawagam seluruh Malaysia.
Ulasan kritis
[sunting | sunting sumber]Nadia Azam dari Malaysiakini menyifatkan Badi ialah sebuah "karya seram suam-suam kuku biarpun tidak banyak pengaruhnya dalam filem, tetapi elemen itu nyata mampu menimbulkan perasaan "seram" malah boleh dikatakan menjadi satu antara kekuatan."[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 Oktober 2015). Adiba Yunus kekuatan Badi MSTAR Online. Dicapai pada 30 April 2016.
- ^ Nadia Azam (21 Oktober 2015). Badi filem seram suam-suam kuku Malaysiakini. Dicapai pada 30 April 2016.