Bachok Utara (kawasan negeri)
Kawasan pilihan raya Kelantan | |
---|---|
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi | |
Badan perundangan | Dewan Undangan Negeri Kelantan |
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1958 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1974 |
Kali pertama dipertandingkan | 1959 |
Kali terakhir dipertandingkan | 1969 |
Demografi | |
Pemilih (1969)[1] | 11,253 |
Bachok Utara ialah salah satu bekas kawasan pilihan raya negeri yang terletak di negeri Kelantan, Pantai Timur Malaysia. Bachok Utara telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sejak tahun 1959 sehingga 1974. Kawasan pilihan raya ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bachok Utara yang terakhir berkhidmat ialah Mohammad Nor Yusoff mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kawasan pilihan raya Bachok Utara telah diciptakan pada tahun 1958 untuk persiapan pilihan raya negeri pada tahun berikutnya, 1959. Bachok Utara terletak di dalam kerusi parlimen Bachok. Kawasan pilihan raya ini berjiran dengan kawasan Kota Bharu Pantai di utara, Kota Bharu Timor di barat, Bachok Tengah di timur dan Bachok Selatan. Penamaan kawasan pilihan raya ini sebagai Bachok Utara dipilih kerana kedudukan geografinya di utara kawasan parlimen Bachok.[1]
Kawasan Bachok Utara mula dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 24 Jun 1959, bersama-sama dengan kawasan Dewan Undangan Negeri lain yang terdapat di Kelantan.[3] Pada peringkat awal, sebanyak tiga calon yang akan bertanding di kawasan ini iaitu, Shafie Ahmad mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Jaafar Mohamad mewakili Parti Perikatan dan Haji Nik Md. Salleh bin Haji Wan Musa mewakili Parti Negara. Sebanyak 9,546 orang pengundi berdaftar di bawah kawasan Bachok Utara untuk tahun itu.[4] Keputusan pemenang telah diumumkan pada 26 Jun 1959 di Berita Harian, yang di mana memaparkan Shafie Ahmad telah menang, memperolehi 78.6 peratus undian, berbanding saingannya Jaafar Mohamad sebanyak 18.2 peratus dan Md. Salleh sebanyak 3.1 peratus.[5]
Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada 1964, Shafie Ahmad dari PAS bertanding sekali lagi di Bachok Utara. Terdapat satu saingannya iaitu Ismail Yahaya dari Perikatan. Terdapat 9,204 pengundi berdaftar di kerusi ini, berkurang 342 orang berbandingan tahun sebelum ini. Setelah keputusan keluar oleh Surohanjaya Pilehanraya, Shafie Ahmad kekal dan masih bertahan di kerusi Bachok Utara, dengan mendapatkan majoriti sebanyak 1,724. Walaupun begitu, Shafie Ahmad telah meninggal dunia pada usia 36, tahun 1968, di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kota Bharu.[6] Susulan kematian Shafie Ahmad, pilihan raya kecil telah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi di Dewan Negeri. Pilihan raya ini telah diadakan pada 6 April 1968 dan dimenangi oleh Mohamd Nor Ismail dari parti yang sama, PAS.[7]
Pada pilihan raya negeri 1969, terdapat dua calon yang bertanding di kerusi Bachok Utara iaitu, Mohamad Nor Yusoff dan Ismail Haji Jumaat. Masing-masing mewakili parti PAS dan Perikatan. Ini merupakan pilihan raya yang diadakan sebelum, kawasan ini dimansuhkan dan dipinda menjadi nama baharu. Mohamad Nor Yusoff telah memenangi kerusi ini dengan mendapat undian sebanyak 54.1 peratus berbanding saingannya iaitu Ismail Haji Jumaat sebanyak 45.9 peratus.[1][2] Kawasan ini terus berkhidmat sehingga 1973. Tahun 1974, kawasan Bachok Utara tidak wujud lagi dalam kerusi Dewan Negeri kerana telah dipinda menjadi nama Tawang.
Sejarah perwakilan
[sunting | sunting sumber]Penggal | Tahun | Ahli | Parti | |
---|---|---|---|---|
Bachok Utara Kawasan baru dicipta |
||||
Ke-1 | 1959–1964 | Shafie Ahmad | PAS | |
Ke-2 | 1964–1968 | |||
1968–1969 | Mohamad Nor Ismail | |||
Ke-3 | 1969–1969 | Mohamad Nor Yusoff | ||
Dewan digantung (1969-1971) | ||||
Ke-3 | 1971–1974 | Mohamad Nor Yusoff | PAS | |
Kawasan dimansuhkan, digantikan dengan Tawang |
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]1960-an
[sunting | sunting sumber]Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PMIP | Mohamad Nor Yusoff | 4,660 | 54.1 | ||
Perikatan | Ismail Haji Mamat | 3,956 | 45.9 | ||
Jumlah undian sah | 8,616 | 100.0 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 387 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 9,003 | 80.0 | |||
Pemilih berdaftar | 11,253 | ||||
Majoriti | 704 | ||||
PMIP kekal | Peralihan | ||||
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PMIP | Shafie Ahmad | 4,535 | 61.7 | ||
Perikatan | Ismail Yahaya | 2,811 | 38.3 | ||
Jumlah undian sah | 1,724 | 100.0 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 438 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 7,784 | 80.0 | |||
Pemilih berdaftar | 9,204 | ||||
Majoriti | 1,724 | ||||
Sumber
|
1950-an
[sunting | sunting sumber]Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PMIP | Shafie Ahmad | 5,557 | 78.6 | ||
Perikatan | Jaafar Mohamad | 1,290 | 18.2 | ||
Parti Negara | Haji Nik Md. Salleh Haji Wan Musa | 222 | 3.1 | ||
Jumlah undian sah | 7,064 | 100.0 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 208 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 4,627 | 76.0 | |||
Pemilih berdaftar | 9,546 | ||||
Majoriti | |||||
Sumber
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
- ^ a b Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.
- ^ G. W Rothery (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) (30 April 1959). "Notices – Election Ordinance 1958 (No 33 of 1958) Elections (Conduct of Elections) Regulations, 1959" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 10. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
- ^ a b "Nama2 Chalun Pilehan Raya Negeri Kelantan" [Nama-Nama Calon Pilihan Raya Negeri Kelantan]. Berita Harian. 26 Jun 1959. m/s. 2. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
- ^ a b "Keputusan Penoh Pilehan Raya Di-Negeri Kelantan" [Keputusan Penuh Pilehan Raya di Negeri Kelantan]. Berita Harian. 24 Jun 1959. m/s. 2. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
- ^ "Wakil Ra'ayat Kelantan di-kebumikan" [Wakil Rakyat Kelantan dikebumikan]. Berita Harian. 10 Februari 1968. m/s. 5. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
- ^ "P-raya kechil di-Bachok jalan lanchar" [Pilihan raya kecil di Bachok berjalan lancar]. Berita Harian. 7 April 1968. m/s. 10. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
- ^ "The Battle for The State Assemblies" [Persaingan untuk Dewan Undangan Negeri] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 26 April 1964. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
- ^ a b "Malaysia General Election 1964 | Kelantan State Assembly" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Dewan Undangan Negeri Kelantan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2017. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-24. Dicapai pada 2016-04-29.