Pergi ke kandungan

Baboon Mandrill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Baboon Mandrill[1]
Julat zaman: 1.2–0 Ma
Early Pleistocene – Recent
Jantan
Betina
Pengelasan saintifik e
Templat taksonomi hilang (baiki): Mandrillus
Spesies:
Nama binomial
Mandrillus sphinx
Julat Baboon Mandrill

Baboon Mandrill ialah sejenis beruk yang terdapat di hutan-hutan hujan Afrika, iaitu dari Cameroon ke Guinea. Nama sainsnya Papio sphinx.[4] Mandrill ialah spesies Monyet yang terbesar di dunia.


Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Beruk ini mempunyai warna kulit yang berbeza-beza antara coklat tua dengan kelabu zaitun. Jantan dewasa mempunyai hidung merah terang dan pipi biru, serta punggung biru. Warna-warna betina dan anak-anak adalah lebih pudar. Baboon mandrill mempunyai kantung pipi yang boleh menyimpan banyak makanan.

Cara hidup

[sunting | sunting sumber]

Baboon Mandrill hidup dalam kelompok keluarga yang terdiri daripada seekor jantan dewasa, banyak ekor betina, dan anak-anak. Kekadangnya, kelompok baboon akan bergabung dengan kelompok yang lain. Baboon Mandrill tidur di atas pokok pada waktu malam.

Beruk betina melahirkan seekor anak selepas 5 hingga 7 bulan. Anak-anak betina akan mengikut kelompok keluarganya, sedangkan beruk jantan akan meninggalkan kelompok untuk menghabiskan masa pada diri sendiri, walaupun beruk jantan akan mencari makanan bersama-sama dengan kelompoknya.

Baboon Mandrill ialah haiwan omnivor, dan makan haiwan yang kecil, termasuk labah-labah, siput, cacing, semut, dan vertebrat-vertebrat yang kecil. Beruk ini juga makan rumput, herba, tunas, kulit kayu, akar, dan buah-buahan. Beruk jantan makan di atas tanah, sedangkan beruk betina dan anak-anak makan di atas pokok.

  1. ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 165. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  2. ^ Oates, J. F.; Butynski, T. M. (2008). "Mandrillus sphinx". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2008: e.T12754A3377579. doi:10.2305/IUCN.UK.2008.RLTS.T12754A3377579.en. Dicapai pada 12 January 2018. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  3. ^ Linne', Carl von (1758). Systema naturæ. Regnum animale (ed. 10th). m/s. 25. Dicapai pada 19 November 2012.
  4. ^ AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 )
    JADUAL SATU
    BINATANG-BINATANG LIAR YANG DIPERLINDUNGI SEPENUHNYA

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z