Babat batu
Rock tripe | |
---|---|
Umbilicaria tumbuh di atas batu | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Keluarga: | |
Genus: | Umbilicaria
|
Spesies | |
Umbilicaria americana (Babat batu beku) |
Babat batu adalah nama biasa untuk pelbagai liken daripada genus Umbilicaria yang tumbuh di atas batu. Ia boleh didapati di bahagian utara Amerika Utara seperti New England dan Pergunungan Rocky. Ia boleh dimakan apabila disediakan dengan betul dan telah digunakan sebagai makanan kebuluran dalam kes-kes yang melampau apabila sumber makanan yang lain tidak ada, seperti peneroka awal Amerika Utara.
Umbilicaria esculenta biasanya digunakan sebagai makanan dalam masakan Asia dan perubatan pemulihan dalam perubatan tradisional Cina. Ia dikenali sebagai shi'er (石耳 "telinga batu") dalam masakan China, iwatake (岩茸 "cendawan batu") dalam masakan Jepun, dan seogi (석이버섯) dalam masakan Korea.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Babat batu (seogi) dengan kacang pain
-
Liken dari jenis yang dimakan oleh orang-orang John Franklin dalam perjalanan mereka kembali dari Sungai Coppermine
-
Kishū kumano iwatake tori (Pengumpulan Iwatake di Kumano di Kishū), oleh Hiroshige II
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- "Umbilicaria". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada June 23, 2005.