Baba Ismail Sepanjang
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Tuan Guru Baba Haji Ismail Sepanjang | |
---|---|
Kelahiran | Ismail bin Omar 1955 Kampung Dusun Sepanjang, Penare. Pattani, Thailand |
Pendidikan |
|
Pekerjaan |
|
Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang atau Ismail bin Umar ialah seorang ulama Islam yang berasal dari Pattani, Thailand. Beliau ialah tuan guru pondok di Maahad Darul Muhajirin Narathiwat dan merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Pattani[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Ismail dilahirkan pada 1955 di Kampung Dusun Sepanjang, daerah Penare (Penarik), Pattani. Kampung tersebut terletak kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Beliau merupakan anak bongsu dan anak lelaki tunggal dalam kalangan 3 beradik[2]. Bapanya bernama Wan Umar bin Wan Abdul Latif bin Wan Abdul Karim, manakala ibunya Siti Khadijah binti Ismail. Kedua-duanya berasal dari Patani, tetapi keturunan ibunya berasal dari Johor, Malaysia.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Sepanjang. Kemudian, beliau menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya ketika berusia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu Islam dan bahasa Arab seperti Tafsir, Hadis, Fiqah dan Nahu. Beliau turut belajar di pondok lain sekiranya cuti semester.
Ketika berusia 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Syeikh Abdul Qadir Haji Wangah (Baba Der Sekam) yang terletak di Kampung Wakaf Budi, Sekam, Pattani. Pondok tersebut dikenali dengan pembelajaran ilmu tauhid. Beliau menuntut ilmu di sana sehingga berusia 30 tahun. Ketika di sana, beliau bukan hanya belajar tetapi turut mengajar di pondok tersebut. Beliau juga mula menerima undangan daripada masjid-masjid untuk mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau mengajar ialah Masjid Yala (lebih 21 tahun) dan Masjid Patani (lebih 22 tahun).
Berkeluarga
[sunting | sunting sumber]Ketika umur beliau 29 tahun, beliau mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahaya mata (2 lelaki dan 3 perempuan). Isteri beliau merupakan anak kepada Tuan Guru Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani yang merupakan menantu kepada Baba Der Sekam.
Membuka pondok
[sunting | sunting sumber]Ketika berumur 31 tahun beliau telah pergi ke Mekah dan bermukim di sana selama 7 bulan. Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, Ismail membuka pondok di Kampung Kubang Ikan, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Sepanjang hinggalah ke hari ini.
Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelosok, dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima sebarang bayaran. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan ).
Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan.
Kitab-kitab yang diajar
[sunting | sunting sumber]Antara kitab yang diajar oleh beliau ialah:
Bidang | Tajuk kitab | Catatan |
---|---|---|
Tauhid | Nur az-Zolam Syarah Aqidah al-Awwam | karya Syeikh Nawawi al-Bantani |
Tuhfah al-Murid Syarah Jauharah at-Tauhid | karya Imam Ibrahim al-Bajuri | |
Dur as-Samin fi Aqaid al-Mu’min | karya Syeikh Daud al-Fathani | |
Mizan az-Zarari | karya sendiri | |
Bakurah al-Amani | karya Syeikh Wan Ismail Wan Abdul Qadir al-Fathani (Pk Da Eil) | |
Misbah al-Munir fi Ma’rifah Allah al-Qadir | karya Tuan Guru Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani | |
Mawaiz al-Iman | karya sendiri | |
Fath al-Majid Syarh Durr al-Farid fi Aqaid Ahl at-Tauhid | karya Syeikh Nawawi al-Bantani | |
Hasyiah asy-Syarqawi ‘ala al-Hudhudi | karya Imam Abdullah asy-Syarqawi | |
Mawaqif al-Marjan | karya sendiri | |
Tafsir al-Quran | Futuhat al-Ilahiyyah Syarah Tafsir al-Jalalain | karya Imam Sulaiman bin Umar al-Jamal |
Tafsir Nur al-Ihsan | karya Tuan Guru Muhammad Sa’id bin Umar Khatib | |
Hadis | Hasyiah al-Ajhuriy 'ala Syarh al-Zurqani 'ala al-Baiquniyyah | karya Syeikh ‘Atiyyah al-Ajhuriy as-Syafi'e al-Azhari |
Futuhat al-Rabbaniyyah Syarah al-Azkar an-Nawawiyyah | karya Imam Ibnu ‘Allan as-Siddiqi | |
Dalil al-Falihin fi Turuqqi Riyadh as-Salihin | karya Imam Ibnu ‘Allan as-Siddiqi | |
Fiqah dan Usul fiqah | Hasyiah al-Bajuri ‘ala Syarah Ibnu Qassim al-Ghazi ‘ala Matan Abi Syuja’ | karya Imam Ibrahim al-Bajuri |
Hasyiah an-Nafahat ‘ala Syarh al-Waraqat | karya Syeikh Ahmad Al-Khatib bin Abdul Lathif Al-Minkabawi | |
Hasyiah asy-Syarqawi ‘ala at-Tahrir | karya Imam Abdullah asy-Syarqawi | |
Tasawuf | Penawar Bagi Hati | karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili |
Mukhtasar at-Tazkirah al-Qurtubi | karya Imam Abdul Wahab asy-Sya’rani |
Karya penulisan
[sunting | sunting sumber]Selain mengajar, Ismail turut menghasilkan beberapa penulisan dalam bidang aqidah Islam dan tasawuf. antaranya
Bidang | Tajuk kitab | Catatan |
---|---|---|
Tauhid | Mizan Az-Zarari | Menterjemah dan mensyarahkan kitab Tijan Ad-Darari Bisyarh Risalah Al-Baijuri, karangan Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi |
Mawaiz al-Iman | Kitab yang membahaskan ayat mutasyabihat dan ayat muhkamat, terjemahan sebahagian kitab Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran karangan Syeikh Muhammad az-Zarqani | |
Mawaqif al-Marjan | Kitab syarahan kepada kitab Mawaiz al-Iman. | |
Hadis | Al-Durrah al-Saniah | Kitab syarah hadis Nabi Muhammad, "Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat". |
Tasawuf | Al-Himam al-Aliyah | Kitab Jawi yang mensyarahkan kitab Al-Hikam karangan Imam Ibn Ataillah as-Sakandari |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nor Farhani Che Ad (2 Julai 2018). "Hukum agama ikut pendapat sendiri kelirukan masyarakat". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ "DAURAH KITAB UMMI AL-BARAHIN". Al-Abaqirah. Ogos 2018. Dicapai pada 1 November 2021.