Pergi ke kandungan

Bab al-Faraj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bab al-Faraj (Arab: باب الفرج; "Pintu Kelapangan") juga dikenali sebagai Bab al-Bawabijiyah (Arab: باب البوابجية) dan Bab al-Manakhiliyah (Arab: باب المناخلية) ialha satu daripada lapan pintu Kota Lama Damsyik, Syria. Pintu ini dibina sebagai sebahagian daripada usaha-usaha bagi memperkukuhkan semual kota Damsyik berikutan penaklukannya oleh Nuruddin Zangi pada tahun 1154 M.[1] Pintu berkembar merentangi sebuah jambatan pada sebahagian Sungai Barada yang mengalir pada tembok sebelah utara Damsyik. Pintu ini terkenal sebagai satu-satunya pintu yang terbina selepas penaklukan Syria yang masih kekal hingga sekarang.[2]

Gambaran am

[sunting | sunting sumber]

Pintu yang terletak pada tembok utara Damsyik berdekatan sudut timur laut Kubu kota Damsyik ini dibina oleh Nuruddin Zangi pada tahun 1154-55 M. Al-Malik al-Salih memperkukuhkan pintu ini pada tahun 1239-40 M dan menambah sebuah laluan pada bahagian utara pintu asal.[1] Bab al-Faraj ini dibina semula pada tahun 1396–7 M pada zaman pemerintahan Mamluk. Kemudian pintu ini diubah suai dan dikembalikan kepada keadaan asal pada tahun 1980-an[3] Kedua-dua pintu masuk yang berasingan dihubungkan dengan sebuah laluan beratapkan keluli dan pada hari ini laluan ini berfungsi sebagai sebuah souk (pasar) untuk penjualan perkakasan dan kunci.[1] Pintu masuk utara membawa kepada Jalan al-Malik Faisal, dan masih menjadi jalan masuk timur laut Kota Lama.[3]

Jenang pintu timur yang terdapat pada pintu asal Nuruddin Zangi masih dapat dilihat sementara yang di sebelah barat sudah dikelilingi kedai-kedai. Jenang ini dihiasi dengan kumai gaya Aleppo dan ukiran daun tiga tanpa tangkai. Tambahan-tambahan terkemudian yang dibuat al-Malik al-Salih termasuk sebuah tiang yang digunakan semula sebagai alang jenang, dan empat atap sangga.[1]

  1. ^ a b c d Allen, 1999, Bab al-Faraj.
  2. ^ Darke, 2006, p. 93.
  3. ^ a b Burns, 2005, p. 218.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Allen, Terry (1999). Ayyubid Architecture. Occidental: Solipsist Press. ISBN 0-944940-02-1.
  • Darke, Diana (2006). Syria. Bradt Travel Guides. ISBN 9781841621623.
  • Burns, Ross (2005). Damascus: A History. Milton Park: Routledge. ISBN 0-415-27105-3.


Koordinat: 33°30′48″N 36°18′13″E / 33.513327°N 36.303582°E / 33.513327; 36.303582


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.