Azizah Ariffin
Azizah Ariffin | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1990–kini |
Majikan |
|
Pasangan | Mohd Khafairil Mohd Khalil (k. 2007) |
Anak-anak | 3 |
Azizah Ariffin (lahir 10 Jun 1969) merupakan seorang penyampai berita dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau terkenal sebagai personaliti TV3 yang mana beliau telah berkhidmat di TV3 selama 20 tahun, dari 1996 hingga 2016.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Azizah memulakan kerjaya awalnya sebagai penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1990 sehingga 1995. Beliau kemudiannya menyertai TV3 pada 1996 sebagai penyampai beritanya, kemudian diserap sebagai pengacara untuk beberapa rancangan TV3 termasuk Nona dan Wanita Hari Ini sehingga tamat kontrak pada 2016. Sejak 2017, Azizah berkhidmat di TV AlHijrah.[2]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan Mohd Khafairil Mohd Khalil, rakan setugasnya di Media Prima pada 20 Ogos 2007. Azizah mempunyai tiga anak dari perkahwinan terdahulu.[3] Azizah mula memakai tudung pada 10 Jun 2008, sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-39.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV |
---|---|---|---|
1990–1995 | Berita Perdana | Penyampai berita | TV1 |
1996–2002 | Buletin Utama | TV3 | |
2004–2005 | Nona | Pengacara | |
2008–2016 | Wanita Hari Ini | ||
2017–kini | Berita Alhijrah | Penyampai berita | TV AlHijrah |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Metra Syahril Mohamed (13 Jun 2009). Azizah temui ketenangan Diarkibkan 2018-11-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 November 2009.
- ^ Wan Kamaruddin & Azizah Ariffin sertai Berita AlHijrah My News Hub (4 Julai 2017). Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Wanda Idris (26 Ogos 2008). Restu keluarga membahagiakan Azizah Diarkibkan 2018-11-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 November 2008.