Pergi ke kandungan

Ayat Muhkam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ayat Muhkam bererti ayat al-Qur'an yang jelas. Makna menurut bahasa, muhkam berasal dari kata حكم –يحكم –حكما yang berarti memutuskan dua perkara. Makna menurut istilah, muhkam artinya suatu ungkapan yang maksud makna lahirnya tidak mungkin diganti atau diubah.

Jadi Muhkam atau Muhkamat ialah ketepatan dan kualiti tinggi pada lafaz-lafaz dan arti-artinya. Al-Quran menggunakan bahasa dan sastera yang amat fasih. Kesemua berita-beritanya benar dan bermanfaat. Al-Quran tidak mengandungi penipuan, percanggahan mahupun kata-kata kosong yang tidak berguna. Kesemua hukum-hukumnya adil, tidak zalim, tidak bersanggahan dan bukannya hukum yang tidak relevan.

Dalil Al Quran tentang Ayat Muhkam

[sunting | sunting sumber]

"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyabihat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran." (TMQ al-Imran [3]:7)

Penjelasan tentang Ayat Muhkam

[sunting | sunting sumber]
  • Ayat Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya.
  • Ayat Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa memerlukan keterangan lain.
  • Ayat Muhkam adalah ayat yang tidak mengandung takwil kecuali satu wajah.
  • Ayat Muhkam adalah sesuatu yang mudah difahami.
  • Ayat Muhkam, yang didalamnya menerangkan sesuatu yang halal dan haram, fardu, janji dan ancaman.

Contoh Ayat-Ayat Muhkam

[sunting | sunting sumber]

Para Ulama memberikan contoh-contoh ayat Muhkam dalam Al Quran dengan ayat nasikh, ayat-ayat tentang halal, haram, hudud, kefarduan, janji dan ancaman. Contoh Ayat Muhkam adalah seperti berikut :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (TMQ al-Maeda [5]:90)

Hikmah Ayat Muhkam

[sunting | sunting sumber]

Adanya ayat-ayat Muhkamat dalam Al-Quran, jelas akan memberikan hikmah bagi manusia, hikmah tersebut diantaranya ialah:

  • Menjadi rahmat bagi manusia, khususnya orang kemampuan bahasa Arabnya lemah. Dengan adanya ayat-ayat muhkam yang sudah jelas erti maksudnya, sangat besar erti dan faedahnya bagi mereka.
  • Memudahkan bagi manusia mengetahui erti dan maksudnya. Juga memudahkan bagi mereka dalam menghayati makna maksudnya agar mudah mengamalkan pelaksanaan ajaran-ajarannya.
  • Mendorong umat untuk mudah memahami, menghayati, dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran, kerana lafaz ayat-ayatnya telah mudah diketahui, mudah dipahami, dan jelas pula untuk diamalkan.
  • Menghilangkan kesulitan dan kebingungan umat dalam mempelajari isi ajarannya, kerana lafaz ayat-ayat dengan sendirinya sudah dapat menjelaskan erti maksudnya, tidak harus menunggu penafsiran atau penjelasan dari lafaz ayat atau surah yang lain.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]