Ayam koci
Ayam koci (Jawi: ايم کوچي ) atau ayam kocin (Jawi: ايم کوچين ), merupakan sejenis baka ayam. Nama koci ini disalah sangka dipetik daripada kawasan Cochin di kawasan selatan Vietnam dan Kemboja, tetap sebenarnya datang daripada namanya dalam bahasa Cina iaitu 九斤黄(pinyin: jiujin huang) yang bermaksud "sembilan kati kuning" dan asalnya di negara China bermaksud mana-mana ayam besar atau hidangan dagingnya.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri yang paling tersendiri pada ayam koci ialah bulu lebat yang meliputi paha dan kaki. Kulit di bawah bulunya berwarna kuning dan telurnya sederhana besar dan berwarna coklat muda. Purata berat badannya adalah 5 kg (11 lb) untuk ayam jantan matang, 4 kg (9 lb) untuk ayam jantan muda, 3.9 kg (9 lb) untuk ayam betina matang, dan 3.2 kg (7 lb) untuk ayam betina dara.[perlu rujukan] Bulunya terdapat dalam corak warna kucing pucat, hitam, partridge, biru, berenda perak, tompokan, berenda emas, dan putih. Bulunya boleh berketak-ketak halus. Ayam koci terkenal sebagai ibu yang baik biarpun sebagai ibu angkat untuk baka lain, malah ia mampu bertelur banyak, tetapi biasanya bukan untuk jangka masa yang lama. Ayam koci betina juga sesuai dipelihara di taman kerana ia jinak dan dianggap salah satu baka ayam yang paling 'mesra'. Ayam koci agak senyap dan tenteram.