Awie ialah album studio solo pertama oleh penyanyi kumpulan Wings iaitu Awie terbitan BMG Music. Album ini terjual melebihi 220,000 unit sekaligus mengukuhkan lagi nama Awie sebagai penyanyi solo yang cukup popular dan pemegang rekod jualan album solo lelaki paling terlaris di Malaysia. Album ini turut mendapat sentuhan komposer terhebat iaitu M. Nasir, S. Amin Shahab dan Loloq.