Awan Mendung Menanti Pelangi
Awan Mendung Menanti Pelangi | |
---|---|
Pengarah | Azri Abu Hassan |
Sinematografi | Azri Abu Hassan |
Muzik oleh | Salamiah Hassan |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Awan Mendung Menanti Pelangi merupakan sebuah filem pendek yang diarah oleh Azri Abu Hassan menerusi Kopitiam Productions. Ia dikatakan bertujuan sebagai satu penghormatan kepada filem-filem melayu era awal 70 dan 80-an.
Filem ini pertama kali ditayangkan secara ekslusif di UiTM Puncak Perdana, Selangor, bersama karya-karya pendek pelajar antaranya filem Omah Cilikku Enek Kelambu dan filem Sinkronis.
Filem Awan Mendung Menanti Pelangi ini bercorak sebuah filem karya era 80-an, terutamanya permulaan filem Awan Mendung ini, di mana imej, penataan sinematografi, penataan seni dan warna dalam filem ini seakan-akan filem melayu era 80-an.
Pemilihan muzik dan lagu tema nyanyian Salamiah Hassan 'Gelombang', membawa maksud yang ingin di sampaikan Azri dalam filem Awan Mendung ini.