Pergi ke kandungan

Pokok Api-api Jambu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Avicennia marina)

Pokok Api-api Jambu
Avicennia marina bersebelahan muara Be Malai, Timor-Leste
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. marina
Nama binomial
Avicennia marina
Fail:Api-api Jambu.jpg

Api-api jambu[1], biasa juga dikenali sebagai api-api merah, ialah satu spesies bakau dalam famili Acanthaceae (dahulu dikelaskan dalam famili Verbenaceae atau Avicenniaceae). Nama botaninya Avicennia marina (Forsk.) Vierh. [2], [3] Pokok ini adalah salah satu spesies terancam [1].

Serupa dengan pokok bakau yang lain, pokok ini tumbuh di tempat antara perbani di kawasan muaran. Taburannya termasuk sepanjang pantai timur Afrika, seluruh Asia Selatan dan Tenggara, serta Australia. Di Australia, pokok ini tumbuh lebih jauh ke selatan berbanding pokok bakau yang lain, dan berada di setiap negeri tanah besar. Pokok ini juga tumbuh di New Zealand di antara 34° dan 38° selatan.

Tinggi Pokok Api-api Jambu antara tiga hingga lapan meter. Pokok ini mempunyai kulit kelabu muda yang terdiri daripada emping nipis, tegar dan rapuh. Daunnya tebal, antara lima hingga lapan sentimeter, dan berwarna hijau terang di atas dan putih atau kelabu serta berbulu di bawah. Serupa dengan spesies Avicennia yang lain, pokok ini mempunyai akar udara yang tumbuh sehingga 20 sentimeter tinggi dan diameter sehingga satu sentimeter. Bunganya yang berwarna kuning keemasan berukuran kurang daripada satu sentimeter lebar, dan dibentukkan dalam gugusan tiga hingga lima bunga.

Garam tersingkir di bawah daun Avicennia marina var. resinifera.

Pokok Api-api Jambu merupakan pokok yang amat berbeza-beza, dengan beberapa ekotip dan bentuk yang amat serupa dengan spesies yang lain. Sesetengah ahli botani telah mencadangkan pembahagian spesies ini, tetapi tiga subspesies kini disahkan:

  • Avicennia marina subsp. australasica
  • Avicennia marina subsp. eucalyptifolia
  • Avicennia marina subsp. marina
  • Flora Australia Barat s.v. Avicennia marina.
  • Boland, D. J.; dll. (1984). Pokok Hutan Australia (edisi keempat disemak dan diperluas). Penerbitan CSIRO, Collingwood, Victoria, Australia. ISBN 0643054235. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan).
  • Duke, N.C. (1991). "Penyemakan Sistematik Pokok Bakau Genus Avicennia (Avicenniaceae) di Australasia". Botani Sistematik Australia. 4 (2): 299–324. Check date values in: |year= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z