Pergi ke kandungan

Avanza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Bankaktiebolaget Avanza
Jenis/bentuk sahSyarikat awam (OMXAZA)
IndustriPerkhidmatan kewangan
DitubuhkanStockholm, Sweden (1997)
Ibu pejabatStockholm, Sweden
Tokoh pentingSven Hagströmer, Chairman
Nicklas Storåkers, CEO & Pengarah
KeluaranLihat www.avanza.se
Hasil SEK 285 juta (2005)
Bilangan kakitangan200+ (2007)
Tapak webwww.avanza.se
Facebook: AvanzaBank Twitter: avanzabank Instagram: avanzabank Youtube: UCHt46GBSg5xAkCcPvX0T5yw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bankaktiebolaget Avanza ialah broker saham dalam talian yang terbesar di negara-negara Nordik, dengan melebihi 150,000 pelanggan dan bilangan urus niaga yang terbesar dalam Bursa Saham Stockholm. Ia merupakan salah satu pilihan yang terbuka kepada para pelabur swasta yang hendak menyertai program pelaburan dan simpanan. Syarikat itu membekalkan pelanggannya alat-alat dan bantuan yang diperlukan untuk menambah nilai simpanan mereka. Avanza tersenarai dalam pemodalan pasaran Senarai Nordik (simbol tiker AZA.ST).

Avanza diasaskan pada 1997 sebagai broker saham dalam talian yang pertama di Sweden. Pada 2001, ia bergabung dengan HQ.se dan Aktiespar, firma pembrokeran Aktiespararna. Penggabungan ini menyebabkan Avanza menjadi broker dalam talian yang terbesar di Sweden, dengan melebihi 150,000 pelanggan aktif dan bahagian pasaran sebanyak 50% dalam kalangan broker dalam talian.

Pada Mei 2006, Avanza memperoleh Börsveckan AB, syarikat yang menerbitkan majalah saham dengan nama judul yang sama. Avanza kemudian melancarkan Placera Nu, majalah dalam talian, pada September, dengan Peter Benson sebagai ketua editornya. Gunnar Wrede mengambil alih jawatan Benson sebagai ketua editor pada Januari 2008.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]