Pergi ke kandungan

Aurochs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aurochs
Julat zaman: Dari awal Pleistosen hingga
1627 (liar) resp. Kini (jinak)
Rangka aurochs jantan yang ditemui di Vig, Denmark, Muzium Negara Denmark

Pupus  (1627)  (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Genus: Bos
Spesies:
B. primigenius
Nama binomial
Bos primigenius
(Bojanus, 1827)
Subspesies

Liar:

domestic:

Distribution of the three subspecies
Sinonim
List
  • Bos mauretanicus Thomas, 1881
  • Bosurus minutus v. D. Malsburg, 1911
  • Bos namadicus Falconer, 1859
  • Bos taurus
  • Bos indicus
  • Bos urus

Aurochs (Bos primigenius) merupakan spesies lembu liar besar yang pupus dan pernah hidup di Eropah, Asia dan Afrika Utara. Inilah leluhur kepada lembu bela jinak moden. Spesiesnya bermandiri di Eropah sehinggalah aurochs terakhir dalam catatan mati di Hutan Jaktorów, Poland, pada 1627.

Ketika Revolusi Neolithic yang berlaku ketika awal Holosen, berlakunya sekurang-kurangnya dua peristiwa pembelajinakan aurochs: satu berkenaan subspesies India yang membawa kepada lembu zebu, dan satu lagi berkenaan subspesies Eropah yang membawa kepada lembu taurina. Spesies bovin (rumpun lembu) yang lain juga dibela jinak, iaitu kerbau liar, seladang, yak liar dan banteng. Pelbagai baka lembu moden berkongsi ciri-ciri dengan aurochs, seperti warna gelap pada jantan dengan jalur belut yang cerah sepanjang belakang (sedangkan yang betina punya lebih cerah), ataupun bentuk tanduk tipikal seakan aurochs.[1]

  1. ^ "Aurochs – Bos primigenius". petermaas.nl. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)