Pergi ke kandungan

Atlet Jawatankuasa Olimpik Rusia di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ROC di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCROC
NOCJawatankuasa Olimpik Rusia
di Tokyo, Jepun
Peserta335 dalam 30 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Sofya Velikaya
Maksim Mikhaylov
Pembawa bendera (penutupan)Abdulrashid Sadulaev
Pingat
Kedudukan ke-5
Emas
20
Perak
28
Gangsa
23
Jumlah
71
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas
Penampilan lain yang berkaitan
 Empayar Rusia (1900–1912)
 Kesatuan Soviet (1952–1988)
 Pasukan Bersatu (1992)
 Rusia (1994–2016)
 Atlet Olimpik dari Rusia (2018W)
 ROC (2022W)

Rusia menggunakan gelaran ROC dalam saingan Sukan Olimpik Musim Panas 2020 dan tidak dibenarkan menggunakan nama negara, bendera kebangsaan serta lagu kebangsaan mereka.

ROC merupakan singkatan kepada Jawatankuasa Olimpik Rusia (bahasa Inggeris: Russian Olympic Committee). Ini disebabkan oleh Rusia telah dikenakan sekatan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) apabila Rusia didapati menjalankan program doping yang disokong oleh negara tersebut.[1]

Disebabkan sekatan ini, Rusia telah dikenakan larangan bertanding di mana-mana kejohanan besar selama 2 tahun (pengurangan daripada 4 tahun pada tahun 2019 oleh Agensi Anti Doping Dunia).[2] Atlet Rusia dibenarkan untuk bertanding pada peringkat antarabangsa namun mereka perlu bertanding di bawah bendera yang neutral.

Oleh itu, Rusia dikenali sebagai ROC pada Sukan Olimpik Musim Panas 2020 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Untuk bendera pula, negara tersebut menggunakan simbol ROC yang terdiri daripada obor Olimpik berjalur dengan warna putih, biru dan merah dan dibawahnya diisi dengan simbol 5 cincin Olimpik.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Dunbar, Graham (2020-12-17). "Russia can't use its name and flag at the next 2 Olympics". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 February 2021. Dicapai pada 2020-12-17.
  2. ^ Maese, Rick (2019-12-09). "Russia banned from 2020 Tokyo Olympics". Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2019. Dicapai pada 2019-12-09.