Pergi ke kandungan

Bumbung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Atap)
Rumah dengan atap jerami di Niigata, Jepun.

Bumbung atau atap merupakan bahagian paling atas sesebuah bangunan yang dibina untuk memberikan perlindungan bangunan daripada hujan, salji, angin dan suhu melampau serta cahaya matahari.[1]

Ciri-ciri sebuah bumbung bergantung kepada rupa bentuk bangunan, bahan-bahan yang ada untuk digunakan, citarasa reka bentuk dalam pembinaan bumbung dan kadangkala dikawal oleh undang-undang tempatan.

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan bumbung adalah pelbagai, daripada daun pelepah tumbuhan jenis palma dan lalang (antaranya rumbia, kelapa, enau dan nipah)[2] atau jerami hinggalah ke bahan-bahan moden seperti zink dan kuprum.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Harris, Cyril M. (penyunting). Dictionary of Architecture and Construction, Third Edition, New York, McGraw Hill, 2000, m/s. 775
  2. ^ Abdul Malik (2012). Arsitektur Tradisional Melayu Kepulauan Riau (PDF). Tanjungpinang, Riau: Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Maritim Raja Ali Haji. m/s. 26.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Bumbung di Wikimedia Commons