Pergi ke kandungan

Asyterot Karnaim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penaklukan kota "Astartu" (didakwa sebagai Asyterot dalam negeri raja Og dari Basan, timur Sungai Jordan), oleh raja Assyur Tiglat-Pileser III sekitar 730–727 SM, digambarkan pada ukiran timbul istana kini dipamerkan di Muzium British.[1]

Asyterot Karnaim (Ibrani: עַשְׁתְּרֹת קַרְנַיִם), juga dieja Asyterot-Karnaim, merupakan sebuah kota pada zaman dahulu di negeri Basan timur dari Sungai Jordan.

Nama kota ini sebenarnya merangkumi dua kota yang berjiran: Asytarot, dan di timur lautnya Karnaim, yang mengilhak namanya setelah Asytarot tewas dan dikenali sebagai Asyterot Karnaim.[2] Asyterot Karnaim disebut dengan nama ini dalam Kejadian 14:5, dan dalam Yosua 12:4 dimana ia dipanggil "Asytarot" sahaja.[3]  Karnaim juga disebut oleh nabi Amos (Amos 6:13) di mana mereka di Israel bongkak kerana telah menawannya dengan kekuatan sendiri.

Karnaim/Asyterot Karnaim dianggap sama dengan Karnaim zaman Keyanunian dalam 2 Makabe 12:21 dan mungkin juga possibly as "Karnaim" dalam 1 Makabe.

Eusebius (s. 260/265–340) menulis tentang Karneia/Karnaia, sebuah kota kecil di "Arabia Petraea", di mana rumah Yob dicam melalui tradisi.[4]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama tersebut jika diterjemahkan bermaksud "Astarte Tanduk"; Astarte ialah suatu dewi kesuburan dalam agama Kanaan kuno, dan "tanduk" ialah lambang puncak gunung.

Pengecaman

[sunting | sunting sumber]

Pengecamman kedua-dua kawasan tersebut tidak semudah itu, tetapi ada sedikit sepertujuan.[5]

  • Tel Asyara, utara Sungai Yarmuk, ialah sebuah tapak yang dianggap padan dengan Asytarot, sebuah kota yang disebut dalam beberapa sumber Mesir Purba: Senarai Benci, Surat-surat Amarna (pertengahan abad ke-14 SM) dan senarai kempen Ramesses III (s. 1186 ke 1155 SM). Kota tersebtu muncul dalam surat-surat Amarna EA 256 dan EA 197 sebagai Aštartu.[perlu rujukan] Dalam Alkitab Ibrani ia dikatakan sebagai ibu kota Raja Og dari Basan (Yosua 9:10 dsb.) dan sebahagian daripada kawasan Manasye (Yosua 13:31).

Karnaim/Asyterot Karnaim

[sunting | sunting sumber]

Semua tapak yang dicam oleh cendekiawan berlainan pada masa berlainan sebagai Karnaim/Asyterot Karnaim terletak di Syria kini di kawasan Daraa.

  • Al-Shaykh Saad dianggap oleh ramai sebagai lokasi Asyterot Karnaim

Lokasi lain yang pernah dicadangkan ialah:

  • Al Churak, tapak yang dicadangkan oleh seorang ahli topografi dan peneroka abad ke-14 Isytori Haparkhi yang terletak 12.9 km timur laut dari puing-puing yang dikenali sebagai 'Draä'[6]
  • Muzayrib, sebuah bandar kubu kuno[6]
  1. ^ Jones, Clifford M. (1971). Old Testament Illustrations (dalam bahasa Inggeris). CUP Archive. m/s. 77.
  2. ^ Negev & Gibson (2005). h. 277.
  3. ^ The Bible Society of Malaysia (1996). Yosua 12:4. Alkitab Berita Baik. Dicapai 5 Jun 2020.
  4. ^ Eusebius, Seksyen K: Genesis: Karnaeim. Astaroth Karnaeim.
  5. ^ Wolf, Umhau C. (ed.), Nota. hh. 76-252.
  6. ^ a b Schwarz, Y. (1850). Palestine Beyond Jordan. A Descriptive Geography and Brief Historical Sketch of Palestine. A. Hart. h. 223.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

 

  • Negev, Avraham; Gibson, Shimon (2005). Archaeological Encyclopedia of the Holy Land. Continuum International Publishing Group. m/s. 277. ISBN 9780826485717.
  • Eusebius of Caesarea (1971). Wolf, Umhau C. (penyunting). Onomasticon (Concerning the Place Names in Sacred Scripture). Karnaeim. Astaroth Karnaeim. There is now a large village of Arabia (in a corner of the Batanea) which is called Karnaia beyond the (river) Jordan. There according to tradition the house of Job is pointed out. [Karnaim. Asytarot Karnaim. Kini ada kampung besar Arabia (di ceruk Batanea) dipanggil Karnaia di balik (sungai) Jordan. Menurut kisah tradisi rumah Yob ditunjuk.]
  • Wolf, Umhau C., penyunting (1971). Eusebius of Caesarea, Onomasticon: Notes. The two villages are best located at Tell 'ashtarah and Sheih Sa'ad. The former is a large tell suitable for the Old Testament Ashtaroth (cf. K. 12:11). Perhaps the latter succeeded as chief administrative city of the district of Karnaeim (cf. K. 112:3). However in the Bible, Astaroth is merely identifying the site of a battle which took place near the city. If so, then Karnaeim added to the name gives the district in which the battle took place (cf. Biblical Archaeologist Dec. 1962, p.109). Eusebius seems to look for two sites. [Dua kampung paling elok terletak di Tel 'asytarah dan Syeih Sa'ad. Yang pertama itu sebuah banggul besar sesuai dengan Asytarot Perjanjian Lama (bd. K. 12:11). Barangkali yang kedua mendahului sebagai kota ketua pentadbiran daerah Karnaim (bd. K. 112:3). Tetapi dalam Alkitab, Asytarot hanya mengecam tapak pertempuran yang berlaku berdekatan kota. Jika begitu, maka Karnaim ditambah ke namanya memberi daerah di mana pertempuran berlaku (bd. Biblical Archaeologist Dis. 1962, h.109). Eusebius kelihatan mencari dua lokasi tersebut.]