Pergi ke kandungan

Artystone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Artystone `(Greek Ἀρτυστώνη Artystōnē; Elamite Ir-taš-du-na, Ir-da-iš-du-na; dari Parsi Kuno *Artastūnā, "tiang dari Arta, kebenaran yang didewakan"[1]) adalah seorang puteri Parsi, anak perempuan kepada raja Cyrus I, dan kakak atau kakak tiri kepada Atossa dan Cambyses I.[2] Bersama-sama dengan Atossa dan anak saudara beliau Parmys, Artystone berkahwin dengan raja Darius I; dengan mengahwini anak perempuan kepada Cyrus, pengasas empayar, raja baru berjaya mengelakkan pemerintahan beliau dari penentangan[3].

Beliau melahirkaan sekurang-kurangnya dua anak lelaki kepada Darius, Arsames dan Gobryas, dan seorang anak perempuan, Artazostre. Berdasarkan sejarahwan Greek, Herodotus Artystone merupakan isteri kesayangan Darius. Beliau juga dipetik dalam Tablet Kubu Persepolis, sebuah arkib pentadbiran dari Persepolis.

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Smith 1849, p 368; Schmitt 1987, p. 665.
  2. ^ Schmitt 1987.
  3. ^ Brosius 1998, pp. 60, 62.