Army Men: Air Attack
Army Men: Air Attack | |
---|---|
Pembangun | 3DO |
Penerbit | 3DO |
Platform | PlayStation Nintendo 64 Game Boy Color Windows |
Pelepasan | PlayStation |
Genre | Permainan video bertembak |
Mod | Seorang atau beberapa pemain |
Army Men: Air Attack (dikeluarkan dengan judul Army Men: Air Combat untuk konsol Nintendo 64 dan Game Boy Color) merupakan permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat pembangun permainan video, 3DO[1]. Ia merupakan judul kelima dalam siri permainan video Army Men di bawah keluaran 3DO. Permainan video ini juga dikeluarkan untuk konsol PlayStation, Windows dan Nintendo 64[2].
Permainan video ini tertumpu kepada watak utama iaitu Kapten William Blade yang memimpin pasukan tentera Green yang menentang musuh utamanya iaitu pasukan Tan dalam dunia plastik.
Bentuk permainan
[sunting | sunting sumber]Tidak seperti judul permainan video lain dalam siri Army Men yang memerlukan pemain mengawal watak-watak, permainan video ini memerlukan pemain mengawal dan menggunakan helikopter sepanjang permainan sehingga selesai plot cerita utama. Ia menawarkan sehingga 4 jenis helikopter iaitu Huey, Chinook, Super Stallion dan Apache, namun begitu pemain akan memulakan permainan dengan hanya 1 helikopter sahaja yang boleh dipilih[3]. Apabila pemain berjaya menghabiskan beberapa peringkat permainan, secara automatik helikopter-helikopter ini boleh dipilih untuk meneruskan permainan.
Dalam permainan video ini, pemain diberi pilihan untuk memilih juruterbang bersama yang terdiri daripada 3 jenis watak berlainan; Hardcore yang memiliki watak suka menggunakan roket, Rawhide juga menggunakan roket dan Woodstock yang menggunakan mesingan. Semasa permainan berlangsung, ianya akan memaparkan peta bagi memudahkan pemain menjejaki kuasa, watak-watak yang perlu diselamatkan mengikut misi yang telah diberi dan peta sekitar permainan. Helikopter pemain juga telah dilengkapkan dengan mesingan yang boleh digunakan untuk menembak musuh[3].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jeff Gerstmann (27 Oktober 1999). "Army Men: Air Attack Review". GameSpot. Dicapai pada 2 November 2015.
- ^ "Army Men: Air Attack (PlayStation)". Moby Games. Dicapai pada 2 November 2015.
- ^ a b "Army Men: Air Attack". GameFAQs. Dicapai pada 2 November 2015.
- Laman menggunakan keluaran permainan video dengan parameter diisi
- Rencana yang menggunakan infobox Wikidata dengan gambar yang ditentukan secara tempatan
- Permainan video 1999
- Permainan PlayStation
- Permainan Windows
- Permainan Nintendo 64
- Permainan Game Boy Color
- Permainan video pemain tunggal
- Permainan video multipemain
- Army Men