Arch Linux
Arch Linux | |
---|---|
Maklumat umum | |
Eponim | tiada nilai |
Jenis sistem | Edaran Linux, free operating system (en) , GNU variant (en) dan komuniti maya |
Keluarga sistem | Ala-UNIX |
Pembangun | Levente Polyak dan lain-lain[a] |
Keadaan kerja | Semasa |
Model sumber | Sumber terbuka |
Keluaran awal | 11 Mac 2002 |
Keluaran terkini | Terbitan berterusan / medium pemasangan 2020.11.01[1] |
Sasaran pemasaran | Penggunaan Am |
Ciri teknikal | |
Kaedah pengemaskinian | rolling release (en) |
Pengurus pakej | pacman, libalpm (bahagian belakang)[2] |
Pelantar | |
Jenis inti | Monolitik (Linux) |
Ruang pengguna | GNU |
Antara muka pengguna lalai | Antara muka baris perintah (Bash) |
Lesen | Perisian bebas (GNU GPL dan lesen-lesen lain)[3] |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | archlinux |
Blog | https://archlinux.org/news/ |
Repositori | https://git.archlinux.org/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Arch Linux (/ɑːrtʃ/)[4] ialah edaran Linux untuk komputer dengan pemproses x86-64.[5] Arch Linux mematuhi lima prinsip: kemudahan, kemodenan, pragmatisme, mengetengahkan pengguna, dan serba guna. Maksudnya, projek ini cuba untuk melakukan perubahan khusus-edaran yang minimum, mengurangkan kerosakan dalam kemas kini, pragmatik terhadap pilihan reka bentuk berideologi dan keramahan pengguna.[6]
Pengurus pakej yang ditulis khusus untuk Arch Linux, Pacman, digunakan untuk memasang, membuang dan mengemas kini pakej perisian.[7] Arch Linux menggunakan model terbitan berterusan, maksudnya tidak ada "terbitan utama" bagi versi baharu sesuatu sistem; kemas kini sistem biasa sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan perisian Arch yang terbaru; imej pemasangan yang diterbitkan setiap bulan oleh pasukan Arch itu hanyalah petikan terkini bagi komponen sistem utama.[8]
Arch Linux mempunyai pendokumenan yang lengkap, terdiri daripada wiki komuniti yang dikenali sebagai ArchWiki.[9][10][11]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Diinspirasikan oleh CRUX, sebuah edaran minimalis yang lain, Judd Vinet memulakan projek Arch Linux pada bulan Mac 2002. Nama tersebut dipilih kerana Vinet menyukai maksud di sebalik nama tersebut iaitu "penghulu," dalam erti "musuh-iblis".[4][12]
Pada asalnya hanya diterbitkan untuk CPU 32-bit x86, ISO pemasangan pertama untuk CPU x86_64 diterbitkan pada bulan April 2006.[13]
Vinet memimpin Arch Linux hingga 1 Oktober 2007, apabila dia berhenti kerana kekurangan masa, lalu memindahkan kawalan projek itu kepada Aaron Griffin.[14]
Penghijrahan ke systemd sebagai sistem initnya dimulakan pada bulan Ogos 2012,[15] dan menjadi init lalai pada pemasangan baharu mulai bulan Oktober 2012.[16] Init ini menggantikan sistem init gaya SysV, yang digunakan sejak awal pengedaran.[17]
Pada 24 Februari 2020, Aaron Griffin mengumumkan bahawa dia akan memindahkan kawalan projek itu ke Levente Polyak, selepas suatu tempoh undian, kerana dia tidak begitu terlibat dalam projek.[18] Perubahan ini juga menyebabkan posisi Ketua Projek mempunyai jangka masa yang baharu iaitu dua tahun.[19]
Penamatan sokongan i686 diumumkan pada bulan Januari 2017, dengan ISO Februari 2017 menjadi terbitan terakhir yang menyertakan pemasangan i686[20] dan membuang sokongan seni bina tersebut mulai bulan November 2017.[21] Sejak itu, terbitan komuniti Arch Linux 32 boleh digunakan untuk perkakasan i686 menggantikan terbitan rasmi Arch Linux.
Keselamatan repositori
[sunting | sunting sumber]Sehingga Pacman versi 4.0.0,[22] Pengurus pakej Arch Linux tidak mempunyai sokongan untuk pakej bertandatangan.[23] Pakej dan metadata tidak disahkan untuk kesahihan oleh Pacman semasa proses muat turun-pasang. Tanpa pemeriksaan pengesahan pakej, cermin repositori yang terusik atau berbahaya boleh menjejaskan kewibawaan sistem.[24] Pacman 4 membenarkan pengesahan pangkalan data dan pakej, tetapi ia dilumpuhkan secara lalai. Pada bulan November 2011, penandatanganan pakej menjadi wajib untuk pembinaan pakej baharu, dan pada 21 Mac 2012, setiap pakej rasmi ditandatangani.[25]
Pada bulan Jun 2012, pengesahan penandatanganan pakej menjadi rasmi dan kini diaktifkan secara lalai dalam proses pemasangan.[26][27]
Reka bentuk dan prinsip
[sunting | sunting sumber]Sebahagian besar Arch bersandarkan pakej binari. Pakej mensasarkan mikropemproses x86-64 untuk membantu prestasi perkakasan moden. Sistem ala port/ebuild juga disediakan untuk pengkompilan sumber automatik, ia dikenali sebagai Arch Build System.[28]
Arch Linux memfokuskan pada keringkasan reka bentuk, maksudnya tumpuan utamanya melibatkan pengwujudan persekitaran yang jelas dan mudah serta senang untuk pengguna faham secara langsung, daripada menyediakan alat pengurusan gaya hala-dan-klik yang digilap — pengurus pakej, misalnya, tidak mempunyai bahagian hadapan grafik yang rasmi. Ini dicapai sebahagian besarnya dengan menggalakkan penggunaan fail tatarajah yang bersih, serta mempunyai komen ringkas, jelas dan padat, yang disusun untuk capaian dan suntingan yang pantas.[29] Ini menjadikannya terkenal sebagai edaran untuk "pengguna lanjutan" yang sanggup menggunakan baris perintah.[30]
Relying on complex tools to manage and build your system is going to hurt the end users. [...] "If you try to hide the complexity of the system, you'll end up with a more complex system". Layers of abstraction that serve to hide internals are never a good thing. Instead, the internals should be designed in a way such that they NEED no hiding.
— Aaron Griffin[31]
Pemasangan
[sunting | sunting sumber]Laman web Arch Linux membekalkan imej ISO yang boleh dijalankan dari CD atau USB . Setelah pengguna membuat sekatan cakera dan memformat pemacu mereka, skrip baris perintah mudah (pacstrap) digunakan untuk memasang sistem asas.[27] Pemasangan pakej tambahan yang bukan sebahagian daripada sistem asas (misalnya, persekitaran atas meja), dapat dilakukan menggunakan sama ada pacstrap, atau Pacman setelah but (atau membuat chroot) ke dalam pemasangan baharu.[32][33][7]
Alternatif lain daripada menggunakan imej CD atau USB untuk pemasangan ialah untuk menggunakan versi statik pengurus pakej Pacman, daripada dalam sistem pengoperasian berasaskan Linux yang lain.[34] Pengguna boleh melekap sekatan pemacu mereka yang baru diformat, dan menggunakan pacstrap (atau Pacman dengan suis baris perintah yang sesuai) untuk memasang pakej asas dan tambahan menggunakan titik lekapan peranti tujuan sebagai akar operasinya. Kaedah ini berguna semasa memasang Arch Linux ke pemacu kilat USB, atau ke peranti yang dilekat sementara yang dimiliki oleh sistem lain.
Tidak kira jenis pemasangan yang dipilih, tindakan lebih lanjut perlu dilakukan sebelum sistem baharu bersedia untuk digunakan, terutamanya dengan memasang pemuat but dan menatarajah sistem baharu dengan nama sistem, sambungan rangkaian, penetapan bahasa, dan antara muka pengguna grafik.[35]
Arch Linux tidak menjadualkan terbitan untuk tarikh tertentu tetapi menggunakan sistem "terbitan berterusan" di mana pakej baharu disediakan sepanjang hari. Pengurusan pakejnya membolehkan pengguna sentiasa mengemas kini sistem mereka dengan mudah.[36]
Kadang-kadang, campur tangan manual diperlukan untuk kemas kini tertentu, dengan arahan dipaparkan di bahagian berita di laman web Arch Linux.[37]
Pengurusan pakej
[sunting | sunting sumber]Satu-satunya platform perduaan yang disokong Arch Linux ialah x86_64. Repositori pakej Arch dan Repositori Pengguna Arch (AUR) mengandungi 58,000 pakej perduaan dan sumber, yang hampir dengan jumlah 68,000 pakej di Linux Debian; namun begitu, pendekatan pengedaran mereka berdua untuk pembungkusan pakej adalah berbeza, menyebabkan perbandingan secara langsung sukar dilakukan. Sebagai contoh, enam daripada 58,000 pakej Arch terdiri daripada perisian AbiWord, yang mana tiga daripadanya berada di repositori pengguna untuk menggantikan pakej Abiword kanonik dengan jenis atau versi binaan alternatif (seperti mengambil sumber dari keterikatan terbaru di repositori kawalan sumber Abiword), sedangkan Debian memasang versi tunggal Abiword di tujuh pakej.[38] Repositori Pengguna Arch juga mengandungi pakej sempurna penulis yang memasang beberapa penukar format dokumen, sementara Debian menyediakan setiap satu daripada lebih dari 20 penukar dalam subpakejnya sendiri.[39]
Pacman
[sunting | sunting sumber]Untuk memudahkan perubahan pakej biasa, Pacman (singkatan "package manager" (pengurus pakej)) yang dibangunkan oleh Judd Vinet untuk menyediakan Arch dengan pengurus pakejnya sendiri untuk mengesan kebersandaran.[40] Ia ditulis dalam bahasa C.[41]
Semua pakej diuruskan menggunakan pengurus pakej Pacman. Pacman mengurus pemasangan, penataran, penuruntarafan, pembuangan dan juga penyelesaian kebersandaran automatik ciri pakej. Pakej untuk Arch Linux diperoleh daripada pepohon pakej Arch Linux dan dikompil untuk seni bina x86-64. Ia menggunakan pakej perduaan di tar.zst
[42][43][44] (untuk pemampatan zstd), dengan .pkg
diletakkan sebelumnya untuk menunjukkan bahawa ianya pakej Pacman (memberikannya .pkg.tar.zst
).[41]
Selain daripada Arch Linux, Pacman juga digunakan untuk memasang pakej di bawah MSYS2 (cabangan Cygwin) di Windows.[45]
Repositori
[sunting | sunting sumber]Repositori perduaan rasmi berikut wujud:[46]
- core, harfiahnya inti, mengandungi semua pakej yang diperlukan untuk menetapkan sistem asas
- extra, harfiahnya tambahan, menyimpan pakej yang tidak diperlukan untuk sistem asas, termasuk persekitaran dan atur cara atas meja
- community, harfiahnya komuniti, mengandungi pakej yang dibina dan diundi oleh komuniti; menyertakan pakej yang mempunyai undian yang cukup dan telah diterima pakai oleh "pengguna yang dipercayai".
- multilib, harfiahnya pelbagai pustaka, repositori berpusat untuk pengguna x86-64 supaya lebih mudah untuk mereka menyokong aplikasi 32-bit dalam persekitaran 64-bit.
Selain itu, terdapat juga repositori percubaan yang merangkumi calon pakej perduaan untuk repositori lain. Ketika ini, wujudnya repositori percubaan berikut:
- testing, harfiahnya ujian, dengan pakej percubaan ditujukan untuk core dan extra.
- community-testing, harfiahnya ujian komuniti, dengan pakej percubaan ditujukan untuk community.
- multilib-testing, harfiahnya ujian pelbagai pustaka, dengan pakej percubaan ditujukan untuk multilib .
Repositori staging (harfiahnya pemeringkatan) dan community-staging (harfiahnya pemeringkatan komuniti) digunakan untuk beberapa pembinaan semula untuk mengelakkan pakej yang rosak dalam testing.
Terdapat juga dua repositori lain yang merangkumi versi terbaru persekitaran atas meja tertentu.
- gnome-unstable, harfiahnya GNOME tidak stabil, mengandungi pakej perisian versi baru dari GNOME sebelum diterbitkan ke dalam testing.
- kde-unstable, harfiahnya KDE tidak stabil, mengandungi pakej versi baru perisian KDE sebelum diterbitkan ke dalam testing.
Repositori unstable (harfiahnya tidak stabil) digugurkan pada bulan Julai 2008 dan sebahagian besar pakej dipindahkan ke repositori yang lain.[47] Sebagai tambahan kepada repositori rasmi, terdapat sejumlah repositori pengguna tidak rasmi.
Repositori tidak rasmi yang paling terkenal ialah Repositori Pengguna Arch, atau AUR (Arch User Repository), yang dihoskan di laman Arch Linux. Walau bagaimanapun, AUR tidak hos pakej perduaan, sebaliknya hos himpunan skrip binaan yang dikenali sebagai PKGBUILD.
Repositori Arch Linux mengandungi kedua-dua perisian bebas dan tidak bebas, dan inti Arch Linux lalai mengandungi BLOB berhak milik tidak bebas, oleh itu pengedarannya tidak disokong oleh projek GNU.[48]
Sistem Binaan Arch (ABS)
[sunting | sunting sumber]Sistem Binaan Arch (Arch Build System, ABS) ialah sistem pembungkusan sumber ala-port yang mengkompil bebola tar sumber menjadi pakej binari, yang dipasang melalui Pacman.[49] Sistem Binaan Arch menyediakan pepohon direktori merangkumi skrip shell, yang dipanggil PKGBUILD, yang membolehkan mana-mana dan semua pakej Arch rasmi disesuaikan dan dikompil. Membina semula seluruh sistem menggunakan bendera pengkompil yang diubahsuai juga disokong oleh Sistem Binaan Arch. Alat makepkg
dalam Sistem Binaan Arch boleh digunakan untuk membuat pakej pkg.tar.zst
tersuai dari sumber pihak ketiga. Pakej yang dihasilkan juga boleh dipasang dan mampu dijejak menggunakan Pacman.[50][51]
Repositori Pengguna Arch (AUR)
[sunting | sunting sumber]Tambahan kepada repositori, Repositori Pengguna Arch (Arch User Repository, AUR) juga menyediakan skrip PKGBUILD buatan pengguna untuk pakej yang tidak termasuk dalam repositori. Skrip PKGBUILD ini mempermudahkan pembinaan dari sumber dengan menyenaraikan dan memeriksa kebersandaran secara betul-betul dan menatarajah pemasangan agar padan dengan seni bina Arch.[52] Atur cara pembantu Repositori Pengguna Arch dapat memperkemaskan lagi pemuatturunan skrip PKGBUILD dan proses pembinaan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, kemudahan ini hadir dengan mengorbankan pelakukan PKGBUILD yang tidak disahkan oleh orang yang dipercayai; sebagai hasilnya, pembangun Arch telah menyatakan bahawa utiliti untuk mencari, memuat turun dan melakukan PKGBUILD secara automatik tidak akan dimasukkan ke dalam repositori rasmi.[53]
Pengguna boleh membuat pakej yang serasi dengan Pacman menggunakan Sistem Binaan Arch dan skrip PKGBUILD tersuai.[54] Fungsi ini telah membantu menyokong Repositori Pengguna Arch, yang terdiri daripada pakej sumbangan pengguna untuk melengkapkan repositori rasmi.[55]
Repositori Pengguna Arch menyediakan komuniti dengan pakej yang tidak termasuk dalam repositori rasmi. Antara sebabnya termasuklah:
- Masalah perlesenan: perisian yang tidak boleh diedarkan semula, tetapi bebas digunakan, boleh dimasukkan ke dalam Repositori Pengguna Arch kerana apa yang dihoskan di laman web Arch Linux sendiri hanyalah skrip kekerang yang memuat turun perisian sebenar dari tempat lain. Contohnya termasuklah perisian percuma berhak milik seperti Google Earth dan RealPlayer.
- Pakej rasmi yang diubah: Repositori Pengguna Arch juga mengandungi banyak variasi daripada pakej rasmi dan juga versi beta perisian yang terkandung dalam repositori utama sebagai terbitan stabil.
- Perisian yang jarang: program yang jarang digunakan (masih) belum ditambahkan ke repositori rasmi.
- Versi beta atau "saban malam" yang sangat baru dan tidak stabil. Contohnya pakej "firefox-nightly", yang memberikan binaan harian terbaru pelayar web Firefox.
PKGBUILD untuk sebarang perisian boleh disumbangkan oleh pengguna biasa dan setiap PKGBUILD yang tidak terhad kepada Repositori Pengguna Arch atas alasan polisi boleh diundi untuk dimasukkan ke dalam repositori komuniti.
Bentuk Terbitan
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa projek yang cuba untuk memindahkan idea dan alat Arch Linux ke inti yang lain, termasuk PacBSD (sebelumnya ArchBSD) dan Arch Hurd,[56] yang masing-masing berasaskan inti FreeBSD dan GNU Hurd. Terdapat juga projek Arch Linux ARM, yang bertujuan untuk memindahkan Arch Linux ke peranti berdasarkan ARM, termasuk Raspberry Pi, dan juga projek Arch Linux 32, yang terus menyokong sistem dengan CPU 32-bit sahaja setelah talian utama projek Arch Linux menghentikan sokongan untuk seni bina tersebut pada bulan November 2017.[57][58]
Logo
[sunting | sunting sumber]Logo Arch Linux direka oleh Thayer Williams[59][60] pada tahun 2007 sebagai sebahagian daripada pertandingan untuk menggantikan logo sebelumnya.[61]
Sambutan
[sunting | sunting sumber]OSNews mengulas Arch Linux pada tahun 2002.[62] OSNews juga mengulas Arch Linux lagi sekali kemudiannya.[63][64][65][66][67]
LWN.net menulis ulasan mengenai Arch Linux pada tahun 2005.[68] LWN.net juga mengulas Arch Linux lagi sekali kemudiannya.[69][70]
Tux Machines mengulas Arch Linux pada tahun 2007.[71]
Chris Smart dari DistroWatch Weekly menulis ulasan mengenai Arch Linux pada bulan Januari 2009.[72] DistroWatch Weekly mengulas Arch Linux sekali lagi pada bulan September 2009 dan pada bulan Disember 2015.[73][74]
Penyelenggara Linux bernama Greg Kroah-Hartman[75] pernah mengatakan bahawa dia menggunakan Arch dan mengatakan ia "berfungsi dengan sangat baik", dia juga memuji Arch Wiki, dan memuji hakikat edaran Arch sentiasa dekat dengan pembangunan huluan, serta memuji gelung maklum balas dengan masyarakat.[76]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Levente Polyak ialah ketua pembangun Arch Linux.
- ^ Sokongan i686 diselenggara oleh projek Arch Linux 32.
- ^ Sokongan ARM diselenggara oleh projek Arch Linux ARM.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Arch Linux - Releases". archlinux.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2015. Dicapai pada 8 November 2020. Invalid
|url-status=hidup
(bantuan) - ^ "Pacman Home Page". www.archlinux.org. Dicapai pada 9 Mei 2020.
- ^
- "Copyright". Pacman Home Page. Dicapai pada 2020-07-30.
- "COPYING". arch-install-scripts repository.
- "About mkinitcpio". Dicapai pada 2020-07-30.
- ^ a b Aaron Griffin (24 August 2005). "Pronnounciation [sic] of our beloved distribution's name". Osdir.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2012. Dicapai pada 19 October 2009.
- ^ "About". Arch Linux. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2017. Dicapai pada 27 September 2011.
- ^ "Arch Linux Principles". ArchWiki. 16 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2019. Dicapai pada 13 November 2019.
- ^ a b "Pacman Home Page". www.archlinux.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2011. Dicapai pada 2019-10-30.
- ^ Ivan Jelic (10 March 2010). "Rolling with Arch Linux". LWN.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2011. Dicapai pada 30 September 2011.
- ^ Smith, Jesse (21 December 2015). "Arch Linux - Feature Story". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2018. Dicapai pada 17 January 2016.
- ^ Linton, Susan (17 July 2015). "Debian Project Lead: Snappy and Mir Bad Ideas". OStatic. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2017. Dicapai pada 4 February 2017.
One of the first questions wondered if McGovern was jealous of anything from any other distro. To that he answered Arch's wiki calling it "an absolutely amazing resource" that he himself uses.
- ^ "The Arch Way | Linux Journal". www.linuxjournal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2019. Dicapai pada 2019-10-30.
- ^ "Interview with Judd Vinet". distrowatch.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017. Dicapai pada 2019-10-30.
- ^ "Arch Linux - News: Official Arch64 install cd available". www.archlinux.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2018. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ apeiro (Judd Vinet) (1 October 2007). "Arch Leadership". Arch Linux Forums. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2011. Dicapai pada 19 October 2009.
- ^ "Migration to systemd". https://lists.archlinux.org/pipermail/arch-dev-public/2012-August/023389.html. Diperolehi 24 September 2020.
- ^ Bächler, Thomas (13 October 2012). "systemd is now the default on new installations". Dicapai pada 24 September 2020.
- ^ "Archlinux installer 0.1".
- ^ "Arch Linux - News: The Future of the Arch Linux Project Leader". www.archlinux.org. Dicapai pada 2020-06-24.
- ^ "DeveloperWiki:Project Leader - ArchWiki". wiki.archlinux.org. Dicapai pada 2020-06-24.
- ^ Bartłomiej Piotrowski (25 January 2017). "Phasing out i686 support". Arch Linux. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2017. Dicapai pada 26 January 2017.
- ^ Bartłomiej Piotrowski (8 November 2017). "The end of i686 support". Arch Linux. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2017. Dicapai pada 8 November 2017.
- ^ "NEWS - pacman.git - The official pacman repository". git.archlinux.org. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "FS#5331 : Signed packages". bugs.archlinux.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2011. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "Attacks on Package Managers". cs.arizona.edu. 10 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2010. Dicapai pada 14 September 2010.
- ^ McRae, Allan (17 December 2011). "Pacman Package Signing – 4: Arch Linux". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2012. Dicapai pada 29 February 2012.
- ^ Gaetan Bisson (4 June 2012). "Having pacman verify packages". Arch Linux. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 June 2012. Dicapai pada 4 June 2012.
- ^ a b Pierre Schmitz (22 July 2012). "Install media 2012.07.15 released". Arch Linux. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2015. Dicapai pada 13 August 2012.
- ^ Campbell, Alex; Hacker, Tech; PT, PCWorld | (2 November 2016). "5 reasons to opt for a Linux rolling distro vs. a standard release". PCWorld (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "The Arch Way". ArchWiki. 9 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2012. Dicapai pada 18 March 2013.
- ^ Williams, rew; April 2020, Brian Turner 16. "Best Linux distros of 2020: for beginners and advanced users". TechRadar (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2020. Dicapai pada 2020-04-17.
- ^ "FS#43302 - [pacman] provide workaround for removing --asroot from makepkg". arch linux. Dicapai pada 2020-07-04.
- ^ "pacman - ArchWiki". wiki.archlinux.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2017. Dicapai pada 2019-09-13.
- ^ "General recommendations - ArchWiki". wiki.archlinux.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2019. Dicapai pada 2019-09-13.
- ^ "Install From Existing Linux". ArchWiki. 21 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2013. Dicapai pada 5 December 2009.
- ^ "Installation guide - ArchWiki". wiki.archlinux.org. Dicapai pada 2019-09-13.
- ^ "Arch Linux Review". DVD-Guides.com. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2017. Dicapai pada 13 September 2017.
- ^ "News". archlinux.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2018. Dicapai pada 15 August 2018.
- ^ "Debian -- Package Search Results -- abiword". packages.debian.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "Debian -- Package Search Results -- writerperfect". packages.debian.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2018. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ Eugenia Loli (21 March 2005). "Arch Linux: Why It Rocks". OSNews. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2011. Dicapai pada 30 September 2011.
- ^ a b "pacman". ArchWiki. 6 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2017. Dicapai pada 20 August 2017.
- ^ "Arch Linux Nears Roll-Out Of Zstd Compressed Packages For Faster Pacman Installs - Phoronix". www.phoronix.com. Dicapai pada 2019-10-31.
- ^ Broda, Robin (March 24, 2019). "[arch-dev-public] RFC: (devtools) Changing default compression method to zstd". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2019. Dicapai pada 2019-10-31.
- ^ "Arch Linux - News: Required update to recent libarchive". www.archlinux.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2019. Dicapai pada 2019-10-31.
- ^ "Package Management - MSYS2". www.msys2.org. Dicapai pada 2020-11-11.
- ^ "Official Repositories". ArchWiki. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2012. Dicapai pada 23 November 2012.
- ^ "Arch Linux Newsletter 08-04-2008". Arch Linux. 4 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2013. Dicapai pada 19 October 2009.
- ^ "Explaining Why We Don't Endorse Other Systems". GNU Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2011. Dicapai pada 28 September 2011.
- ^ "Arch Build System". ArchWiki. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2013. Dicapai pada 19 October 2009.
- ^ "Makepkg". ArchWiki. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2013. Dicapai pada 15 February 2013.
- ^ "Arch Linux - News: Now using Zstandard instead of xz for package compression". www.archlinux.org. Dicapai pada 2020-07-13.
- ^ "AUR (en) - Home". AUR. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2016. Dicapai pada 5 February 2014.
- ^ Robin Heggelund Hansen (25 March 2008). "Arch Linux: Popular KISS distro – Interview – Part II". Hardware.no. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2009. Dicapai pada 19 October 2009.
- ^ "Using the Arch Build System". library.linode.com. 8 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2011. Dicapai pada 30 September 2011.
- ^ Bo Milanovich (8 March 2011). "Arch Linux". linuxdistroreview.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2012. Dicapai pada 30 September 2011.
- ^ "Arch Hurd". Arch Hurd. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2014. Dicapai pada 25 March 2014.
- ^ "Arch Linux ARM". Arch Linux ARM. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2014. Dicapai pada 25 March 2014.
- ^ "Arch Linux 32". Arch Linux 32. Dicapai pada 22 October 2020.
- ^ Willard, Travis (22 December 2007). "Arch Linux - News: Logo Contest Results (and Winner!)". www.archlinux.org. Dicapai pada 2020-10-04.
- ^ Williams, Thayer (2007). "Arch Linux logo submission". pkgbuild.com. Dicapai pada 4 October 2020.
- ^ Willard, Travis (24 October 2007). "Arch Linux - News: Arch Linux Logo Competition". www.archlinux.org. Dicapai pada 2020-10-04.
- ^ "Introduction to Arch Linux – OSnews". www.osnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "Arch Linux: A Better Distribution – OSnews". www.osnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "Arch Linux: An End To My Distro Shuffle? – OSnews". www.osnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "A Week in the Life of an Arch Linux Newbie – OSnews". www.osnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "Arch Linux: Why It Rocks – OSnews". www.osnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "Watching the Evolution of Arch Linux – OSnews". www.osnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "Arch Linux for Power Users [LWN.net]". lwn.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "Rolling with Arch Linux [LWN.net]". lwn.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "The grumpy editor's Arch Linux experience [LWN.net]". lwn.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ Fallen Under the Spell of Arch Voodoo | Tux Machines Diarkibkan 20 Jun 2018 di Wayback Machine 20 April 2007
- ^ "Arch Linux in review". distrowatch.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2018. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "A distro odyssey, part 2 - the Arch way". distrowatch.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2018. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "Arch Linux". distrowatch.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2018. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ "git.kernel.org - linux/kernel/git/torvalds/linux-2.6.git/blob - MAINT…". archive.is. 2013-01-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-13. Dicapai pada 2019-10-30.
- ^ "Let's Talk To Linux Kernel Developer Greg Kroah-Hartman - Open Source Summit, 2019". 2019-09-10. Dicapai pada 2019-09-17.
[Arch developers'] idea of a constantly rolling, forward-moving system is the way to go. It's neutral, it's community-based, it has everything I need. It works really really well [...] Their Wiki is amazing. The documentation -- it's like one of the best resources out there these days. If you look up any userspace program and how to configure it and use it. Actually, the systemd Arch Wiki pages are one of the most amazing resources out there. [...] One of the main policies of Arch, or philosophies, is you stay as close to the upstream as possible. And as a developer, I want that. They're really good in feedback to the community. Because I want that testing -- I want to make sure that things are fixed. And if it is broken, I learn about it quickly and I fix it and push the stuff out. So that's actually a really good feedback loop.