Pergi ke kandungan

Apfelstrudel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Apfelstrudel

Apfelstrudel merupakan makanan strudel tradisional Vienna, ia merupakan pastri paling popular di Austria dan banyak negara Eropah lain yang bekas daripada jajahan Empayar Austria-Hungary (1867–1918).

"Strudel" berasal daripada perkataan bahasa Jerman, yang membawa maksud daripada perkataan Jerman Tinggi untuk "lubuk pusar"..[1]

Apfelstrudel juga dipanggil sebagai "jabolčni zavitek" dalam Slovenia, Almásrétes dalam Hungary[2] dan Apfelstrudel dalam Jerman.[2]

Resepi tertua strudel ini diketahui sejak 1696, apabila sebuah buku resipi di Wienbibliothek im Rathaus.[3]

Strudel mula menerima populariti pada abad ke-18 ketika pemerintahan Empayar Habsburg (1278–1780). Masakan Austrian dibentuk dan dicampur dengan masakan pelbagai bangsa (masakan Turki, Bosnia, Swiss, Alsatian, Perancis, Belanda, Itali, Jerman, BohemianMoravia (Czech), Hungary, Poland, Croatia, Slovenian, Slovakia, Serbia dan juga Yahudi) ketika perluasan Empayar Habsburg.[4] Strudel berkait dengan pastri Uthmaniyyah, baklava yang tiba di Austria melalui orang Turki ke Hungary dan kemudian orang Hungary ke masakan Austria.[5]

Apfelstrudel antara menu kebangsaan Austria bersama dengan Wiener Schnitzel dan Tafelspitz.

Penyediaan

[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahannya adalah aiskrim vanila, krim yang disebati, kastard atau sos vanilla yang amat popular di beberapa negara. Apfelstrudel juga boleh dicampur melalui tea, kopi[2] ataupun champagne, yang merupakan salah satu hidangan utama di kafe Vienna.[6]