Pergi ke kandungan

Apa Artinya Cinta?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Apa Artinya Cinta?
PengarahSunil Soraya
PenulisSunil Soraya
Riheam Junianti
Dihasilkan olehRam Soraya
Sunil Soraya
DibintangiShandy Aulia
Samuel Rizal
Acha Septriasa
Mischa Chandrawinata
Onky Alexander
Didi Petet
Sari Nila
Dimas Beck
Alexander Wiguna
SinematografiRei Supriadi
Disunting olehSashta Sunu
Muzik olehMelly Goeslaw
Anto Hoed
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehDisney+
Netflix Original
Tarikh tayangan
2 November 2005
Masa tayangan
128 Minit
NegaraIndonesia Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Apa Artinya Cinta adalah filem Indonesia yang dirilis pada tahun 2005 dan dirilis pada hari Rabu 2 November 2005. Filem ini diarahkan oleh Sunil Soraya. Pelakonnya ialah Shandy Aulia, Samuel Rizal, Acha Septriasa, Mischa Chandrawinata dan ramai lagi. Filem ini telah dibuat dengan format DVD dan home video pada tarikh 24 April 2014.

Aliza (Shandy Aulia) adalah seorang gadis berumur 17 tahun yang hidup ditengah keluarga yang harmoni dan kaya. Selain aktiviti rutin sekolah, ia bersama sahabat karibnya iaitu Mitha (Acha Septriasa) kerap keluar bersama dengan teman-temannya yang lain. Hal yang berbeza dari kehidupannya adalah, pernikahan abangnya Rio (Mischa Chandrawinata) yang akan dilangsungkan beberapa minggu lagi dan keinginan Aliza untuk kuliah di luar negeri masih lagi dipertimbangankan oleh ayah dan ibunya yang sedang hamil anak ketiga.

Segala rutin itu berubah ketika Aliza berkunjung ke rumah jirannya yang berada di seberang jalan. Kunjungan itu dilakukan untuk menyambut anak jirannya yang bernama Dara (Samuel Rizal) yang baru balik dari Amerika Syarikat untuk cuti kuliahnya. Sifat Dara yang eksentrik membuat Aliza dan Mitha ingin tahu apalagi berkat gosip Rio yang mengatakan Dara itu adalah seorang gay. Salah faham antara Aliza dan Dara selalu terjadi kerana Dara yang selalu berbicara dengam pula taklimat sesedikit mungkin membuat Aliza tidak menentu mengenai perasaannya kepada Dara. Di saat yang sama, Seorang lelaki bernama Fadhli (Alexander Wiguna) yang datang menginap di rumah Dara menjadikan Aliza curiga.

Pada suatu malam, kekasih Mitha yang sudah lama terlibat konflik dengan ayahnya itu selalu memukulnya dan ayahnya sendiri menembak dirinya sendiri. Hal itu membuat Mitha dan Aliza menjadi panik. Seperti kebetulan, ayahnya sudah menyetujukan Aliza untuk meneruskan kuliah di luar negeri di Amerika Syarikat. Pak Cik Sudiro ayah kepada isteri Rio setuju untuk menemani keluarga Aliza ke Amerika Syarikat, apatahlagi Pak Cik Sudiro mempunyai sebuah villa di sana.


Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]