Anwar Ridhwan
Dato' Dr. Anwar Ridhwan | |
---|---|
Sasterawan Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 2009–2011 | |
Didahului oleh | S. Othman Kelantan |
Digantikan oleh | Ahmad Kamal Abdullah |
Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan (5 Ogos 1949 - ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Pada 11 Ogos 2009, beliau diumumkan sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat beliau yang terletak di Putrajaya.[1]
Biodata
[sunting | sunting sumber]Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D pada tahun 1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP[2].
Dunia penulisan
[sunting | sunting sumber]Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) (edisi bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev, 1996)[3] dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Dr. Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia)[4]. Dua cerpen Anwar Ridhwan ("Sesudah Perang"[5] dan "Sasaran" [6]) turut diterjemahkan oleh Dr. Victor Pogadaev juga ke dalam bahasa Rusia.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971)
- Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973)
- Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976)
- Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran,
- Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982)
- Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983)
- Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979)
- Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus
- Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan.
- Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah MASTERA) ke-3 menerusi karya Novel Naratif Ogonshoto.
Hasil penulisan
[sunting | sunting sumber]- Minda Melayu / penyelenggara Anwar Ridhwan. : DBP, 2005.
- Ahmad Zul Ibrahim Bin Abdul Muji (Seorang Pakar ICT No4): DBP ; 2017.
- Tales of Ogonshoto/ Anwar Ridhwan.: terjemahan oleh Solehah Ishak : DBP, 2004
- Haji Murat / Leo Tolstoy ; penterjemah Victor Pogadaev ; Suntingan, Anwar Ridhwan. : DBP, 2001.
- Jati diri pasca Asas 50 : DBP, 1999.
- Hari-hari terakhir seorang seniman ; bacaan Baharuddin Hj. Omar : DBP, 1996.
- Sinaran permata / diselenggarakan oleh Anwar Ridhwan ; Rahman Shaari: DBP, 1995.
- Suara kemanusian = the voice of humanity / diselenggarakan oleh Ahmad Sebi Bakar, Anwar Ridhwan ; diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh S. Jaafar Husin : DBP, 1994
- After the war and other stories / Anwar Ridhwan , Terjemahan,Adibah Amin.: DBP, 1991.
- Kurik kundi merah saga : kumpulan pantun lisan Melayu / penasihat Anwar Ridhwan, Safian Hussin ; Mohd. Thani Ahmad dll,: DBP, 1990.
- Sangkar : Kumpulan 22 buah cerpen. : DBP, 1986.
- Sudut pandangan dalam cereka : DBP, 1985.
- The last days of an artist / Anwar Ridhwan ; Terjemahan oleh Harry Aveling,: DBP, 1982.
- Utara : antologi cerpen pilihan penulis. : DBP, 1982.
- Kuntum pertiwi / Anwar Ridhwan & Rahman Shaari.: DBP, 1982.
- Di sekitar pemikiran kesusasteraan Malaysia, 1957-1972 / diselenggarakan oleh Anwar Ridhwan. : DBP, 1981.
- Kamus nama samaran dan nama pena / disusun oleh Anwar Ridhwan dan Sarah Sadon. : DBP, 1979.
- Parasit : kumpulan cerpen 1971-74 : DBP, 1976.
- Kuntum pertiwi buku 3.
- Penasihat editorial. Victor Pogadaev. Kamus Rusia-Melayu, Melayu-Rusia. Seri Kembangan: Minda, 2013, 778 hlm. ISBN 978-967-0544-00-7.
Penilaian
[sunting | sunting sumber]"Kemunculan Naratif Ogonshoto menyerlahkan lagi kewibawaan Dr Anwar Ridhwan dalam menggarapkan persoalan nilai kemanusiaan dan konsep demokrasi yang menjadi amat relatif dalam kehidupan pascamoden selain menonjolkan ketrampilan dalam gaya pengolahan' - Dr Victor Pogadaev[7].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Dr Anwar sasterawan negara ke-10", 11 Ogos 2009, Malaysiakini.com
- ^ Погадаев В.А. Творческие поиски Анвара Ридвана //Малайско-индонезийские исследования. Выпуск XXI. К 80-летию А.К. Оглоблина. Редакторы-составители В.В. Сикорский, В.А. Погадаев. М.: Общество "Нусантара", 2019, с. 139 (Pogadaev V.A. Creative Searching of Anwar Ridhwan // Malay-Indonesian Studies. Issue XXI. Festschrift inHonor of Prof. Alexander K. Ogloblin on the Occasion of his 80th Birthday. Editors-compilers V.V. Sikorsky, V.A. Pogadaev. M.: Nusantara Society, 2019, p. 139
- ^ Anwar Ridwan. Posle voyni (After the War) // Indoneziya. Malayzia. Sbornik materialov po kul’ture Nusantari. (Indonesia. Malaysia. Collection of Materials on Nusantara Culture). S-Pb., 1996, p. 87-98
- ^ Anwar Ridhwan. Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto. St.-P.: Paideia, 2006 [1]
- ^ Анвар Ридван. «После войны». Перевод В. А. Погадаева - "Азия и Африка сегодня", № 10, 2011
- ^ [2]
- ^ Anuar Othman. KARYA ANWAR RIDHWAN LAYAK BAGI HADIAH NOBEL. - "Berita Harian", 15.10.2003