Antonio Angelillo
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Antonio Valentín Angelillo | ||
Tarikh lahir | 5 September 1937 | ||
Tempat lahir | Buenos Aires, Argentina | ||
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1952–1955 | Arsenal de Llavallol | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1955 | Racing | 9 | (3) |
1956–1957 | Boca Juniors | 34 | (16) |
1957–1961 | Internazionale | 113 | (68) |
1961–1965 | Roma | 106 | (27) |
1965–1966 | AC Milan | 11 | (1) |
1966–1967 | Lecco | 12 | (1) |
1967–1968 | AC Milan | 3 | (1) |
1968–1969 | Genoa | 22 | (5) |
Pasukan kebangsaan | |||
1955–1957 | Argentina | 11 | (11) |
1960–1962 | Itali | 2 | (1) |
Pasukan diurus | |||
1969–1971 | Angelana | ||
1971–1972 | Montevarchi | ||
1972–1973 | Chieti | ||
1973–1974 | Campobasso | ||
1974–1975 | Rimini | ||
1975–1977 | Brescia | ||
1977–1978 | Reggina | ||
1978–1979 | Pescara | ||
1980–1984 | Arezzo | ||
1985–1986 | Palermo | ||
1987 | Mantova | ||
1987–1988 | Arezzo | ||
1988–1990 | FAR Rabat | ||
1989–1990 | Maghribi | ||
1991–1992 | Torres | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Antonio Valentín Angelillo (sebutan bahasa Itali: [andʒeˈlillo]; lahir 5 September 1937) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Argentina-Itali. Beliau beraksi di posisi penyerang dan beliau banyak menghabiskan kariernya di Serie A Itali. Selain itu, beliau turut merupakan pemain antarabangsa Argentina dan Itali.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Angelillo memulakan kerjayanya ketika di kelab Arsenal de Llavallol pada tahun 1952. Pada tahun 1955, beliau bermain untuk kelab Racing Club de Avellaneda sebelum berpindah ke Boca Juniors pada tahun 1956.
Pada tahun 1957, Angelillo dibeli oleh kelab Itali, Internazionale. Sehingga tahun 1961, beliau telah beraksi dalam 127 perlawanan untuk Nerazzurri selain menjaringkan 77 gol. Dalam Serie A, beliau tampil dalam 133 perlawanan dan menjaringkan 68 gol untuk Internazionale. Selain itu, beliau merupakan kapten pasukan Internazionale.
Setibanya di Itali, Angelillo bersama teman senegaranya iaitu Omar Sívori dan Humberto Maschio digelar The Angels with Dirty Faces (gelaran tersebut merupakan sebuah rujukan ironis bagi filem lama, Angels with Dirty Faces). Mereka bertiga juga dikenali sebagai The Trio of Death kerana kemampuan klinikal mereka masing-masing untuk menghasilkan gol.
Dalam musim 1958-59, Angelilo menjaringkan 33 gol dalam 33 perlawanan Serie A sekali gus beliau dinobatkan sebagai Capocannonieri iaitu anugerah untuk penjaring terbanyak Serie A. Jumlah gol yang dijaringnya iaitu 33 gol merupakan jumlah gol tertinggi dalam satu musim sejak Gunnar Nordahl yang menjaringkan 34 gol dalam musim 1950-51. Namun, rekod itu dikejutkan oleh Gonzalo Higuaín yang menjaringkan 36 gol saat musim 2015-16. Sejak Angelilo menjaringkan 33 gol dalam saingan Serie A, tiada pemain yang menjaringkan 30 gol ke atas untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sehinggalah Luca Toni menghasilkan 31 gol pada musim 2005-06.
Walaupun Angelillo merupakan penjaring terbanyak Internazionale ketika beliau beraksi di sana, beliau tidak meraih sebarang trofi atau kejuaraan bersama Nerazurri.
Dari tahun 1961 hingga 1965, Angelillo beraksi dalam 106 perlawanan untuk Roma dan telah menjaringkan 27 gol. Bersama Roma, beliau merangkul kejuaraan Piala Inter-Cities Fairs pada 1961 dan Coppa Italia pada tahun 1964. Beliau sempat menghabiskan satu musim di AC Milan. Beliau hanya menjaringkan satu gol dalam sebelas perlawanan. Namun, beliau meraih kejuaraan Serie A bersama kelab. Walaupun Milan meraih Piala Pemenang Eropah pada 1968, Angelilo tidak tampil dalam mana-mana perlawanan Milan di kejohanan Eropah itu. Pada tahun berikutnya, beliau berpindah ke Lecco. Beliau beraksi dalam 12 perlawanan dan menjaringkan satu gol. Kemudian, pasukannya berdepan penyingkiran ke Serie B. Beliau kekal beraksi di Serie B apabila beliau berpindah ke kelab terakhir dalam kerjayanya, Genoa.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Dalam kejohanan rasmi, Angelilo telah beraksi dalam 11 perlawanan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Argentina dan telah menghasilkan sebelas gol. Ketika Kejohanan Amerika Selatan 1957, pasukan Argentina bergelar juara dan Angelilo merupakan penjaring kedua terbanyak kejohanan dengan menjaringkan lapan gol dalam tujuh perlawanan. Selepas kejohanan tersebut, beliau bersama dua pemain Argetina lain iaitu Omar Sivori dan Humberto Maschio dibeli oleh kelab Itali sekali gus trio ini dilarang beraksi untuk pasukan Argentina oleh Persekutuan Bola Sepak Argentina. Secara tidak langsung, mereka terlepas kejohanan Piala Dunia 1958.[1] Selepas berpindah ke Itali dan memperoleh kerakyatan Itali, Angelilo kemudian tampil dua perlawanan untuk pasukan kebangsaan Itali dan menyumbangkan satu gol.
Kerjaya jurulatih
[sunting | sunting sumber]Selepas beliau mengumumkan persaraan, beliau menetap di Itali dan seterusnya menjadi jurulatih untuk beberapa pasukan divisyen bawahan. Kejayaan utamanya sebagai jurulatih ketika beliau mengendali kelab Arezzo apabila beliau meraih gelaran Coppa Italia Serie C, gelaran Serie C1 dan hampir layak ke Serie A dalam musim sulungnya di Serie B bersama Arezzo. Angelillo kini bekerja sebagai pencari bakat Inter di Amerika Selatan dan beliau kini masih menetap di Arezzo.
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua | Lain | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Racing Club | 1955 | 9 | 3 | — | — | 9 | 3 | ||||
Boca Juniors | 1956 | 29 | 14 | — | 2a | 3 | 31 | 17 | |||
1957 | 5 | 2 | — | 5 | 2 | ||||||
Jumlah | 34 | 16 | — | 2 | 3 | 36 | 19 | ||||
Internazionale | 1957–58 | 34 | 16 | — | — | 34 | 16 | ||||
1958–59 | 33 | 33 | 4 | 3 | 3b | 2 | 40 | 38 | |||
1959–60 | 31 | 11 | 2 | 1 | — | 33 | 12 | ||||
1960–61 | 15 | 8 | 2 | 1 | 3b | 2 | 20 | 11 | |||
Jumlah | 113 | 68 | 8 | 5 | 6 | 4 | — | 127 | 77 | ||
Roma | 1961–62 | 24 | 10 | 2 | 0 | 2b | 0 | 6+2c | 3+1 | 36 | 14 |
1962–63 | 31 | 6 | 2 | 0 | 8b | 3 | 4d | 6 | 45 | 15 | |
1963–64 | 31 | 4 | 4 | 0 | 6b | 0 | 4d | 0 | 45 | 4 | |
1964–65 | 18 | 7 | 0 | 0 | 6b | 1 | — | 24 | 8 | ||
Jumlah | 104 | 27 | 8 | 0 | 22 | 4 | 16 | 10 | 150 | 41 | |
AC Milan | 1965-66 | 11 | 1 | 1 | 0 | 9b | 2 | — | 21 | 3 | |
Lecco | 1966-67 | 22 | 1 | 3 | 0 | — | — | 25 | 1 | ||
AC Milan | 1967-68 | 3 | 1 | 6 | 0 | 0 | 0 | — | 9 | 1 | |
Genoa | 1968-69 | 22 | 5 | 2 | 0 | — | — | 24 | 5 | ||
Jumlah kerjaya | 318 | 122 | 28 | 5 | 37 | 10 | 18 | 13 | 401 | 150 |
- a.↑ Kemunculan dalam Copa do Atlântico
- b.↑ Kemunculan dalam Piala Inter-Cities Fairs
- c.↑ Kemunculan dalam Coppa dell'Amicizia+Trofeo Costa del Sol
- d.↑ Kemunculan dalam Coppa delle Alpi
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Pasukan kebangsaan Argentina | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1956 | 2 | 1 |
1957 | 9 | 10 |
Jumlah | 11 | 11 |
Pasukan kebangsaan Itali | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1960 | 1 | 0 |
1961 | 1 | 1 |
1962 | 0 | 0 |
Jumlah | 2 | 1 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Gol antarabangsa oleh Antonio Angelillo | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan | |||||
19 Ogos 1956 | Buenos Aires, Argentina | Czechoslovakia | Persahabatan | ||||||||
13 Mac 1957 | Lima, Peru | Colombia | Kejohanan Amerika Selatan 1957 | ||||||||
17 Mac 1957 | Lima, Peru | Ecuador | |||||||||
20 Mac 1957 | Lima, Peru | Uruguay | |||||||||
28 Mac 1957 | Lima, Peru | Chile | |||||||||
3 April 1957 | Lima, Peru | Brazil | |||||||||
9 April 1957 | Lima, Peru | Peru | Persahabatan | ||||||||
5 Jun 1957 | Buenos Aires, Argentina | Uruguay | Copa Lipton |
Gol antarabangsa oleh Antonio Angelillo | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan | |||||
4 November 1961 | Turin, Itali | Israel | Kelayakan Piala Dunia 1962 |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Roma
- Milan
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Argentina
Pengurus
[sunting | sunting sumber]- Arezzo
- Coppa Italia Serie C: 1980-81
- Lega Pro Prima Divisione: 1981-82 (pusingan kedua)
- Angelana
- Prima Categoria: 1970-71
Individu
[sunting | sunting sumber]- Penjaring Terbanyak Serie A: 1958-59 (33 gol)
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Omar Sivori". The Telegraph. 19 February 2005. Dicapai pada 2 October 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Antonio Angelillo |
- Inter Archive (Itali)
- (Sepanyol) Angelillo with Boca Juniors
- (Sepanyol) Biography
Templat:Penjaring Terbanyak Serie A Templat:Skuad Argentina Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1957
- Kelahiran 1937
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Argentina
- Pemain bola sepak Itali
- Pemain A.S. Roma
- Pemain F.C. Internazionale Milano
- Pemain Racing Club de Avellaneda
- Pemain A.C. Milan
- Pemain Genoa C.F.C.
- Pemain Boca Juniors
- Pemain Calcio Lecco 1912
- Pengurus U.S. Città di Palermo
- Pengurus Provincial Osorno
- Pengurus bola sepak Argentina
- Pengurus bola sepak Itali
- Pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Maghribi