Antikuark
Penampilan
Antikuark ialah antizarah kepada kuark. Seperti kuark mempunyai perisa turun, naik, aneh, pesona, bawah dan atas, begitulah antikuark mempunyai antiperisa antiturun, antinaik, antianeh, antipesona, antibawah dan antiatas, dan sepertimana kuark mempunyai cas warna merah, biru dan hijau, begitulah cas warna antikuark ialah antimerah (atau negatif merah), antibiru (negatif biru) dan antihijau (negatif hijau). Antikuark bagi kuark yang bercas elektrik +2/3 e mempunyai cas elektrik -2/3 e, dan bagi yang -1/3 e, cas +1/3 e.