Pergi ke kandungan

Anseung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anseung (안승, 安 勝, Jawi: انسوڠ; pememerintah 668 – 683), atau Ansun (안순, 安 舜), dianggap sebagai anakanda saudara atau anak haram[1] Raja Bojang dari Goguryeo, Raja Goguryeo terakhir. Baginda ditabalkan sebagai Raja Goguryeo yang baru oleh jeneral Geom Mojam, tetapi kemudian baginda membunuh Geom dan menyerahkan diri kepada kerajaan Silla Korea, dan tinggal di ibu kota Silla, Gyeongju.

Go Anseung ialah anakanda saudara Raja Bojang dari Goguryeo, dan seorang putera Goguryeo sebelum kejatuhannya. Dalam beberapa sumber Cina, Go Anseung dicatat sebagai cucu Bojang, raja terakhir kerajaan Korea kuno, Goguryeo.

Pemerintah sisa Goguryeo

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 668, Putera Anseung berada di Silla ketika ditawan selama bertahun-tahun. Setelah mendengar kekalahan dan kejatuhan kerajaannya, baginda mencari orang yang masih terselamat dan pertama kali meminta izin untuk menghidupkan kembali kerajaannya. Anseung menemui pegawai tinggi Goguryeo Geom Mojam, juga dalam pelarian. Bersama-sama mereka menjalin persekutuan untuk menghidupkan kembali kerajaan Goguryeo. Anseung ditabalkan sebagai raja Goguryeo baru, yang berpusat di kota Hansung, di wilayah Hwanghae Selatan hari ini, Korea Utara. Utusan segera dikirim ke Silla mencari pemulihan beberapa wilayah untuk kerajaan Goguryeo hidup kembali serta sekutu pertahanan dengan "Negara Besar" (iaitu Silla). Silla, yang ingin memutuskan hubungannya dengan Tang, yang menyusul kekalahan Goguryeo dan Baekje kini mengancam akan memaksakan hegemoni ke atas wilayah Baekje dan Goguryeo yang dulu, setuju untuk menubuhkannya semula, dan bersekutu dengan Goguryeo yang dihidupkan kembali di bawah raja Anseung. Pada bulan kelapan tahun 670, Raja Munmu dari Silla mengirim seutus titah diraja kepada Anseung untuk menabalkanya.

Raja Munmu kemudian menganugerahkan kepadanya gelaran Raja Bodeok (보덕국왕, 報德國王), dan mengurnia kepadanya sebidang wilayah kecil di sekitar tempat yang sekarang menjadi kota Iksan dekat bekas ibu kota Baekje di Buyeo, seolah-olah berfungsi sebagai penghalang jalan bagi Tang daripada menguasai wilayah tersebut.

Berakhirnya Kerajaan Bodeok

[sunting | sunting sumber]

Wilayah Goguryeo yang dihidupkan kembali sebagai Bodeok segera menjadi kediaman bagi sisa-sisa penduduk Goguryeo. Tidak lama kemudian pada tahun 672, dan dalam keadaan yang tidak diketahui tetapi bukti pergolakan dalam kerajaan baru, Geom dibunuh di bawah perintah Anseung.

Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Sinmun dari Silla (683), setelah plot pemberontakan oleh golongan bangsawan Silla menentang Raja Sinmun (plot yang juga melibatkan jeneral Daemun (대문, 大 文), saudara Anseung), Silla menghapuskan kerajaan kecil Bodeok dan Anseung diarahkan untuk tinggal di ibu kota Silla di Gyeongju, tempat beliau telah diberikan gelaran rasmi sopan (소판,蘇判), dikurniakan dengan nama suku Kim (金), dan diberi sebidang tanah dan tempat tinggal yang elok. Kerajaan Bodeok berakhir dan penduduk Goguryeo yang tersisa di sana bertebaran di berbagai lokasi di selatan.

Tarikh dan keadaan kemangkatan Anseung tidak diketahui.

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jinwung Kim (2012). A History of Korea: From "Land of the Morning Calm" to States in Conflict (e-book via Scribd). Indiana University Press. m/s. 112. ISBN 9780253000781.
Anseung
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Bojang
Raja Goguryeo
668–670
Diikuti oleh:
Sendiri
Didahului oleh
Sendiri
sebagai Raja Gouryeo
Raja Bodeok
670–683
Gelaran dimansuhkan