Pergi ke kandungan

Anodorhynchus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anodorhynchus
Makaw Hyacinth
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Anodorhynchus

Spix, 1824
spesies

A. glaucus (Vieillot, 1816)
A. hyacinthinus (Latham, 1790)
A. leari Bonaparte, 1856

Anodorhynchus adalah satu genus burung makaw biru besar yang berasal dari habitat terbuka atau separa terbuka di kawasan tengah dan timur Amerika Selatan. Genus ini termasuk dua spesies terancam iaitu Makaw Hyacinth dan Makaw Lear (juga dikenali sebagai makaw Indigo), dan satu spesies yang bermungkinan telah pupus Makaw Glaucous. Makaw Hyacinth yang memiliki panjang 100 sentimeter (39 in) merupakan parrot terpanjang di dunia. Makaw Glaucous and Lear membiak di kawasan tebing; manakala Makaw Hyacinth pula membiak dan membuat sarang di dalam pokok. Semua spesies ini memakan kekacang daripada beberapa spesies palma (contohnya Acrocomia aculeata, Attalea phalerata, Butia yatay dan Syagrus coronata).

Makaw biru telah lama diketahui menjadi haiwan peliharaan sejak tahun 1790,[perlu rujukan] meskipun lokasi habitat asli Makaw Lear tidak diketahui sehingga tahun 1978.[1]

Pada tahun 1800-an, Makaw Glaucous dihapuskan dari habitat asalnya ekoran pembersihan hutan bagi tujuan pertanian dan peternakan lembu di hutan palma Yatay (Butia yatay) di mana menjadi tempat spesies ini mendapatkan makanan,[2][3] meskipun khabar angin akan kewujudan berlanjutan. Makaw Lear membuat kemunculan semula dari ancaman kepupusan pada awal tahun 1980-an (sekitar 60 ekor) kepada lebih dari 1000 ekor ekoran kejayaan program pemuliharaan. Makaw Hyacinth masih boleh didapati di dalam kawasan habitatnya, akan tetapi bertaburan kepada tiga kawasan utama iaitu di selatan Brazil, timur Bolivia dan timur-laut Paraguay; populasi burung ini menurun di sebabkan penangkapan berluasa untuk tuujuan perniagaan haiwan kesayangan selain kehilangan habitat.

Kedua-dua makwa Hyacinth dan Lear diletakkan dalam senarai CITES Appendix 1.

Perincian spesies

[sunting | sunting sumber]
Spesies
Nama biasa dan binomial[4] Imej Perincian Taburan
Makaw Glaucous
(Anodorhynchus glaucus)
70 sm (27.5 in) panjang, kebanyakan warna biru-turquoise pucat dan kepala besar berwarna kekelabuan. Ia mempunyai ekor panjang dan paruh yang besar. Cincin matanya tidak lengkap dan berwarna kuning; terdapat lipatan berbentuk separa bulan di sekeliling mandible.[5] Amerika Selatan
(kemungkinan telah pupus)
Makaw Hyacinth
atau Makaw Hyacinthine
(Anodorhynchus hyacinthinus)
100 sm (39 in) panjang, 120-140 sm (48-56 in) rentang sayap. Hampir keseluruhan badannya berwarna biru dan bawah sayap berwarna hitam. Ia memiliki paruh besar berwarna hitam dengan lipatan kuning terang di sepanjang bahagian bawah paruhnya; matanya memiliki cincin berwarna kuning.[6] Amerika Selatan
Makaw Lear
atau Makaw Indigo
(Anodorhynchus leari)
70 sm (27.5 in) panjang, hampir keseluruhan berwarna manakala kepala sedikit biru-pucat. Ia memiliki kulit berwarna kuning pucat pada bahagian bawah paruh dan cincin mata berwarna oren. Paruhnya pula berwarna kehitaman.[7] Brazil

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Sick, H (1979). "Our discovery of the land of the Lear's Macaw (Anodorhynchus leari)". Anais da Academia Brasileira de Ciências (51): 575–576. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Yamashita, Valle (1993). "On the linkage between Anodorhynchus macaws and palm nuts, and the extinction of Glaucous Macaw. 113". Bulletin of the British Ornithologists' Club. 113: 53–60.
  3. ^ Begazo, Munn, Castelino, Yamashita (Undated). "Humans caused the first proven extinction of a South American land bird: a post mortem for the Glaucous Macaw Anodorhynchus glaucus". draft. Italic or bold markup not allowed in: |journal= (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ "Zoological Nomenclature Resource: Psittaciformes (Version 9.004)". www.zoonomen.net. 2008-07-05.
  5. ^ "Species factsheet: Anodorhynchus glaucus". BirdLife International (2008). Dicapai pada 24 July 2008.
  6. ^ "Species factsheet: Anodorhynchus hyacinthinus". BirdLife International (2008). Dicapai pada 24 July 2008.
  7. ^ "Species factsheet: Anodorhynchus leari". BirdLife International (2008). Dicapai pada 24 July 2008.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]