Pergi ke kandungan

Anjing liar Afrika Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anjing liar Afrika Timur
Rizab Mergastua Selous, Tanzania
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Lycaon
Spesies:
Subspesies:
L. p. lupinus
Nama trinomial
Lycaon pictus lupinus
Thomas, 1902

Anjing liar Afrika Timur (Lycaon pictus lupinus) merupakan subspesies anjing liar Afrika yang berasal dari Afrika Timur. Bezanya dengan anjing liar Tanjung ialah susuknya yang lebih kecil[1] dan bulunya yang lebih hitam.[2]

Taburannya bercapuk-capuk setelah dibasmi di Uganda dan sebahagian besar Kenya. Sebuah populasi kecil menduduki kawasan yang merentasi Sudan Selatan, Kenya utara dan mungkin Uganda utara. Ia hampir pasti pupus di Rwanda dan Burundi. Namun demikian, ia masih banyak terdapat di Tanzania selatan, terutamanya di Rizab Mergastua Selous dan Taman Negara Mikumi, kedua-duanya didiami oleh populasi anjing liar terbesar di benua.[3]

Lukisan seni anjing liar banyak terdapat pada palet kosmetik dan objek-objek lain dari zaman pradinasti Mesir, mungkin melambangkan ketertiban mengatasi kehuru-haraan, di samping peralihan dari yang liar (yang dilambangkan oleh serigala emas Afrika) kepada yang jina (dilambangkan oleh anjing). Pemburu pradinasti mungkin rapat dengan anjing liar Afrika kerana Palet Pemburu menggambarkan pemburu memakai ekor haiwan di tali pinggang. Menjelang zaman dinastik, gambaran anjing liar kurang ketara, malah perlambangannya kian diambil alih ole serigala.[4][5]

  1. ^ Estes, R. (1992). The behavior guide to African mammals: including hoofed mammals, carnivores, primates. University of California Press. pp. 410-419. ISBN 0-520-08085-8.
  2. ^ Bryden, H. A. (1936), Wild Life in South Africa, George G. Harrap & Company Ltd., pp. 19-20
  3. ^ Fanshawe, J. H., Ginsberg, J. R., Sillero-Zubiri, C. & Woodroffe, R., eds. 1997. The Status & Distribution of Remaining Wild Dog Populations. In Rosie Woodroffe, Joshua Ginsberg & David MacDonald, eds., Status Survey and Conservation Plan: The African Wild Dog: 11-56. IUCN/SSC Canid Specialist Group.
  4. ^ Baines, J (1993). "Symbolic roles of canine figures on early monuments". Archéo-Nil: Revue de la société pour l'étude des cultures prépharaoniques de la vallée du Nil. 3: 57–74.
  5. ^ Hendrickx, S. (2006). The dog, the Lycaon pictus and order over chaos in Predynastic Egypt. [in:] Kroeper, K.; Chłodnicki, M. & Kobusiewicz, M. (eds.), Archaeology of Early Northeastern Africa. Studies in African Archaeology 9. Poznań: Poznań Archaeological Museum: 723–749.