Angry Joe
Joe Vargas | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | ||||||||||
Kelahiran | Jose Antonio Vargas 18 Jun 1984 | |||||||||
Warganegara | Amerika Syarikat | |||||||||
Pekerjaan | Personaliti YouTube | |||||||||
Laman web | angryjoeshow | |||||||||
Maklumat YouTube | ||||||||||
Saluran | AngryJoeShow | |||||||||
Tahun aktif | 2008–kini | |||||||||
Genre |
| |||||||||
Pelanggan | 3.24 juta[1] | |||||||||
Jumlah tontonan | 1.17 bilion[1] | |||||||||
Rangkaian | Channel Awesome (2009–2018)[2] | |||||||||
Kegiatan berkaitan | Doug Walker | |||||||||
Ungkapan penarik |
| |||||||||
|
Jose Antonio "Joe" Vargas (lahir 18 Jun 1984) adalah seorang pengulas media Amerika Syarikat dan selebriti YouTube.[3] Beliau terkenal dengan gambarannya sebagai watak "Angry Joe" (Joe Marah) dan untuk pengeluaran rancangan The Angry Joe Show, sebuah saluran ulasan permainan video dan filem.[4]
Siaran YouTube
[sunting | sunting sumber]Vargas melancarkan saluran YouTube The Angry Joe Show pada tahun 2008 dengan video "Shit that Pisses Me Off - Madden 2009 Hardcore Gamers" di bulan 4 Oktober.[5] Segmen ini memaparkan watak Vargas "Angry Joe" mengulas tentang permainan video pada skala 1-10 menggunakan tema sketsa komedi. Saluran itu diterima dengan baik oleh komuniti YouTube, sehingga Disember 2018 saluran itu telah memperoleh lebih daripada 900 juta penonton dan telah mengumpulkan 3,000,000 langganan.[6] Sebagai tambahan kepada ulasan permainan, Vargas mengeluarkan ulasan filem di salurannya. Vargas dan salurannya telah menerima sebutan di media yang meliputi YouTube,[4][7] yang paling khusus untuk penentangan Vargas terhadap jangkauan hak cipta di YouTube.[8][9][10][11] Kepentingan Vargas tentang hak cipta di YouTube berasal dari kejadian di mana Nintendo America mengajukan tuntutan hak cipta pada video Joe bermain Mario Party 10.[12][8][13]
Vargas bersekutu dengan Blistered Thumbs dari syarikat pengeluaran media Channel Awesome sehingga April 2018. Ini disebabkan oleh kontroversi yang sedang berlangsung pada masa berkenaan Channel Awesome dan banyak pengeluarnya yang sebelum ini, ramai yang sebelum ini dikenali dan bergabung dengan Vargas masa lalu.
Street Fighter: The Miniatures Game
[sunting | sunting sumber]Pada April 2018, projek Kickstarter untuk mewujudkan permainan miniatur menggunakan karakter berlesen dari siri permainan video Street Fighter telah dilancarkan oleh Vargas.[3][14] Kempen projek Kickstarternya mengumpul lebih $400,000 pada hari pertamanya, satu pencapaian yang seterusnya menarik liputan media.[15][16]
Penjelasan mengenai keganasan permainan video
[sunting | sunting sumber]Selepas insiden penembakan El Paso pada 3 Ogos yang mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan 24 yang lain. Joe Vargas ditemuramah oleh stesen televisyen tempatan untuk memberi penjelasan berkenaan permainan video dan keganasan yang sering kali dikaitkan oleh ahli politik di Amerika pasca kejadian penembakan beramai-ramai. Vargas berkata di dalam temuramah: "Ia mengecewakan saya kerana kami perlu berhadapan dengan ini setiap kali." kata Vargas sebelum menambah. "Ia mengingatkan saya apabila mereka menyalahkan muzik rock, muzik rap, muzik heavy metal atau filem aksi."[17]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Persatuan | Kategori | Karya dicalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2016 | The Game Awards | Trending Gamer | AngryJoeShow | Tercalon | [18] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "AngryJoeShow – About". Dicapai pada 23 April 2019 – melalui YouTube.
- ^ "Joe Vargas on Twitter: After some recent events have been brought to my attention I've decided to leave Channel Awesome, effective immediately. Our videos will not be cross posted to the site". 12 April 2018. Dicapai pada 23 April 2019 – melalui Twitter.
- ^ a b Corrigan, Hope (6 April 2018). "Street Fighter Board Game Announced on Kickstarter". IGN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ a b "Star Wars Battlefront Developer Calls Out Critics For "Bending The Truth"". AOTF (dalam bahasa Inggeris). 19 Oktober 2015. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ AngryJoeShow (2008-10-04), Shit that Pisses Me Off - Madden 2009 Hardcore Gamers, dicapai pada 2018-05-10
- ^ "AngryJoeShow". YouTube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ Jackson, Gita. "Angry Joe's Fans Can't Deal With Him Taking A Vacation From YouTube". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ a b Thier, Dave. "Major YouTuber 'Angry Joe' Gives Up On Nintendo, Calling Them 'Anti-Gamer'". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-26.
- ^ "Opinion: Why YouTube's ad algorithm is killing your favourite creators" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "Nintendo Might Not Be Behind All Copyright Takedowns". CGMagazine (dalam bahasa Inggeris). 5 Ogos 2016. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ Good, Owen. "YouTube's Copyright Crackdown: Everything You Need To Know". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ Good, Owen. "Game Critic Says YouTube Copyright Policy Threatens His Livelihood [Update]". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mei 2018.
- ^ "Bigtime YouTuber says enough is enough; he won't do any more Nintendo videos (Update)". Polygon. Dicapai pada 10 Mei 2018.
- ^ "Angry Joe details his Street Fighter: The Miniatures Game". destructoid. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "Kickstarter for Angry Joe's Street Fighter: The Miniatures Game pops over $400,000 in one day". destructoid. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "A Street Fighter Board Game Is On the Way and It Looks Beyond Rad". pastemagazine.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mei 2018.
- ^ Jordan Hicks. "Gamers Rebuke Critics Who Blame Video Games for Violence". Spectrum News. Dicapai pada 4 Februari 2020.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-04. Dicapai pada 2020-02-04.