Pergi ke kandungan

Cypripedioideae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Anggerik selipar)

Bunga kasut
Bunga kasut dari genus Paphiopedilum.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Orchidaceae
Subkeluarga: Cypripedioideae
Kostel.
Genus

Lihat teks

Julat genus Cypripedioideae.

Cypripedioideae ialah subkeluarga anggerik yang sering disebut anggerik selipar, orkid selipar, bunga kasut dan "anggrek sandal" (di Indonesia).[1][2] Genus bagi Cypripedioideae termasuklah Cypripedium, Mexipedium, Paphiopedilum, Phragmipedium dan Selenipedium.[3] Ia digolongkan mengikut kantung bunga bak kasutnya (iaitu lidah yang terubah suai). Kantung tersebut memerangkap serangga untuk dipaksa-paksa memanjat melepasi staminodus di belakangnya, yang mana ia akan mengumpul atau menyimpan polinium, sekali gus mendebungakan bunga. Terdapat kira-kira 165 spesies dalam subkeluarga ini.

Selipar wanita dadu di Nova Scotia, Kanada

Spesiesnya dalam Cypripedioideae ditemukan di utara Amerika Selatan dan Amerika Tengah (Mexipedium, Phragmipedium, Selenipedium), sekeliling keutaraan Amerika Utara, Eropah, Afrika (Algeria[4]) dan di selatan Asia (Cypripedium) semacam di tropika dan subtropika Asia Tenggara (Paphiopedilum). Mereka tidak ditemukan di Australia dan Afrika. Penyebarannya boleh jadi membibit dari pusat asal di Amerika Tengah.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]
Fail:Cypripediumcalceolus-levels.jpg
Anggerik selipar wanita (Cypripedium calceolus)

Subkeluarga Cypripedioideae monofilik dan terdiri dari lima genus:

Kacukan intergenus

[sunting | sunting sumber]

Kacukan antara genus dalam subkeluarga ini diletakkan dalam notogenus berikut:[6]

Kacukan antara genus luar subkeluarga tidak dikenalkan pada 2017.

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kasut". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 515 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ Siti Saadah (pemuat naik) (26 Februari 2003). Ekosistem-Ekosistem Di Sabah: Hutan Hujan Tanah Pamah Tropika. m/s. 31. Dicapai pada 2022-05-06.
  3. ^ Cash, C. (1991). The Slipper Orchids (dalam bahasa Inggeris). Timber Press. ISBN 0-88192-183-1.
  4. ^ "Découverte de Cypripedium calceolus (Orchidaceae) au Djurdjura (Algérie), nouvelle pour l'Afrique du Nord". Flora Mediterranea. Fondazione Pro Herbario Mediterraneo. 29. 2019. doi:10.7320/flmedit29.207. ISSN 1120-4052.
  5. ^ Walid, Nemer & Rebbas, Khellaf & Krouchi, Faiza. (2019). Découverte de Cypripedium calceolus (Orchidaceae) au Djurdjura (Algérie), nouvelle pour l’Afrique du Nord. Flora Mediterranea. 29. 207-214. 10.7320/FlMedit29.207.
  6. ^ Alphabetical One-Table List of Genera and Intergeneric Hybrids, Royal Horticultural Society, 2017.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]