Andrew VanWyngarden
Andrew VanWyngarden | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Andrew Wells VanWyngarden |
Kelahiran | Columbia, Tennessee Amerika Syarikat | 1 Februari 1983
Genre | Neo-Psychedelia, New Wave, Synthpop, Progressive Rock |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu |
Instrumen | Vokal, gitar, papan nada, dram |
Tahun aktif | 2002-kini |
Syarikat rakaman | Columbia, Red Ink, Cantora Records |
Pengkarya berkait | MGMT, Glitter Penis, The Management, Accidental Mersh, Beck |
Andrew VanWyngarden (lahir 1 Februari 1983) adalah vokalis utama, pemain gitar dan pencipta lagu kumpulan indie Amerika Syarikat MGMT. Lagu beliau dan Ben Goldwasser (rakan ahli kumpulan) bertajuk "Kids" dari album Oracular Spectacular berjaya menerima pencalonan di Grammy 2010 untuk Persembahan Duo atau Berkumpulan Pop Terbaik. Mereka juga tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik.[1][2]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Andrew VanWyngarden dilahirkan di Columbia, Missouri, dan dibesarkan di Memphis, Tennessee, di mana beliau bersekolah di Lausanne Collegiate School dan White Station High School. Ayahnya, Bruce VanWyngarden adalah editor akhbar alternatif Memphis Flyer sejak 1992. [3]
Pengaruh muzik beliau bermula apabila mendengar ayahnya memainkan lagu dari kumpulan The Who berjudul "[Pinball Wizard]]" menggunakan gitar elektrik Fender Twin ketika dia berusia 4 tahun. Dalam gred ketujuh dia menerima gitar Les Paul dan segera mula bermain, Pada tahun yang sama beliau memenangi pertandingan di Lausanne, memainkan lagu "Under The Bridge" oleh Red Hot Chili Peppers. Dia juga selalu mendengar muzik dengan adik beliau terutamanya kumpulan Nirvana dan Phish. Mereka juga berjaya menemui koleksi piring hitam ayahnya dan mendengar lagu-lagu dari Neil Young, Bob Dylan, Rolling Stones, dan lain-lain.[4]
Ketika sekolah menengah dia membentuk sebuah band bersama rakannya Dan Treharne dipanggil "Glitter Penis" secara suka-suka. Kemudian VanWyngarden menyertai sebuah kumpulan dipanggil "Accidental Mersh". Band ini berjaya dengan sedikit penjualan lagu mereka di laman web Napster.
Di kolej, dia menulis dan mempersembahkan sebuah lagu yang dipanggil "Super Volcano" untuk tugasan di hadapan rakan kelasnya. VanWyngarden berjaya lulus dalam bidang muzik di Wesleyan University, disini lah juga beliau telah bertemu rakan sekumpulannya Ben Goldwasser.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Grammy nominations 2010 announced". NME. Dicapai pada 2011-01-01.
- ^ "Sutton, MGMT Nominated for Grammy Awards". Weslean University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-04. Dicapai pada 2011-01-01. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ http://www.memphisflyer.com/TheBruceVBlog/archives/2010/04/25/live-its-saturday-night
- ^ http://www.memphismagazine.com/Memphis-Magazine/December-2011/The-Future-Is-Now/
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Andrew VanWyngarden |