Pergi ke kandungan

Anak yatim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anak yatim, oleh Thomas Kennington

Anak yatim (Arab: يتيم) ialah manusia yang kematian salah seorang, sama ada ibu atau bapa. Anak-anak yang kematian kedua ibu bapa biasanya dikenali sebagai yatim piatu.

Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain. Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri: “Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri. Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]