Anak Mami (siri filem)
Anak Mami | |
---|---|
Pencipta | Prof. Madya Datuk A. Razak Mohaideen |
Hasil kerja asal | Anak Mami |
Dimiliki oleh | Grand Brilliance Metrowealth Movies Production MIG Beats Sdn Bhd Gitu-Gitu Productions NAJ Productions Sdn. Bhd Lineclear Motion Pictures FiTA Studios Primeworks Studios |
Tahun | 2002 – kini |
Filem dan televisyen | |
Filem |
|
Anak Mami merupakan sebuah siri filem berdasarkan telefilem bersiri Anak Mami dan Menantu Mami Cucu Mami yang berkisarkan golongan anak mami, sebuah kelompok masyarakat di Pulau Pinang, Malaysia. Siri filem ini dihasilkan oleh beberapa buah syarikat filem iaitu Grand Brilliance, Metrowealth Movies Production, MIG Beats Sdn Bhd, Gitu-Gitu Productions, NAJ Productions Sdn. Bhd, Lineclear Motion Pictures dan FiTA Studios. Terdapat tujuh filem yang telah dihasilkan iaitu Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarum (2002), Mami Jarum Junior (2003), Anak Mami Kembali (2005), Nana Tanjung (2006), Nana Tanjung 2 (2007) dan Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Kesemua filem didalam siri filem ini diarahkan oleh Prof. Madya Datuk A. Razak Mohaideen. Piee telah membintangi dalam kesemua filem ini.
Filem Nana Tanjung merupakan filem yang paling berjaya dari segi komersial iaitu dengan kutipan sebanyak RM 3.02 Juta.
Pembikinan
[sunting | sunting sumber]Siri filem ini berdasarkan telefilem bersiri Anak Mami, Menantu Mami dan Cucu Mami yang keempat-empatnya diarahkan oleh Professor Madya dan disiarkan di TV3. Sambutan hebat yang diterima oleh drama-drama itu dengan purata bilangan penonton sebanyak tiga juta orang bagi setiap drama. Selepas enam tahun, skrip filem pertama iaitu Anak Mami The Movie berjaya dihasilkan. [1]
Filem
[sunting | sunting sumber]Anak Mami The Movie ialah sebuah filem genre komedi dan keluarga Malaysia arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Mami Jarum merupakan satu lagi filem terbitan Metrowealth Movies Production dan arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini berkisar seorang perempuan menangani masalah jiwa tanpa memikirkan keburukan diri. Filem ini ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri tahun 2002.
Filem Mami Jarum Junior ini adalah sambungan kepada filem Mami Jarum yang ditayangkan pada tahun 2003. Filem arahan Professor Madya A. Razak Mohaideen ini menampilkan barisan pelakon yang sama seperti filem sebelumnya tetapi watak utamanya telah bertukar daipada Kartina Aziz kepada Rita Rudaini.
Anak Mami Kembali ialah filem Malaysia tahun 2005 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Nana Tanjung ialah filem Malaysia tahun 2006 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Filem Nana Tanjung 2 merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 2007. Filem Nana Tanjung 2 diterbitkan dalam bentuk filem warna dan merupakan arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Filem Nana Tanjung 2 mula ditayangkan pada 2007 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Shaffii Jaafar, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Ainul Aishah, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Mohd Hafiz dan ramai lagi.
Filem Anak Mami Nasi Kandaq mengisahkan mengenai persaingan dalam perniagaan Nasi Kandar antara keluarga Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) dan Mami Kalsom (Sheila Mambo).[2]
Kru
[sunting | sunting sumber]Peranan | Filem Utama | Filem spin-off | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Anak Mami The Movie | Anak Mami Kembali | Anak Mami Nasi Kandaq | Mami Jarum | Mami Jarum Junior | Nana Tanjung | Nana Tanjung 2 | |
Pengarah | Prof Madya A. Razak Mohaideen | ||||||
Penerbit | Ahmad Puad Onah | David Teo | Abdul Latiff Mohaideen | David Teo | Abdul Latiff Mohaideen | ||
Penulis | Abdul Razak Mohaideen Abdul Shukor Mohaideen |
Abdul Razak Mohaideen Abdul Shukor Mohaideen Azhari Zain |
Azhari Zain | Abdul Razak Mohaideen | Abdul Razak Mohaideen Abdul Shukor Mohaideen Azhari Zain |
Abdul Razak Mohaideen Azhari Zain | |
Penyunting | Mariam Ibrahim | Azhari Zain | Faizul A. Rashid | Mariam Ibrahim | Faizul A. Rashid | ||
Studio | Grand Brilliance | Metrowealth Pictures MIG Beats Gitu-Gitu Productions |
FiTA Studio | Metrowealth Pictures | NAJ Productions Lineclear Motion Pictures Grand Brilliance |
Grand Brilliance Lineclear Motion Pictures | |
Pengedar | Primeworks Studios | MIG Pictures | Alternate Pictures | MIG Pictures | Primeworks Studios |
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Filem | Tarikh tayangan | Kutipan | Bajet |
---|---|---|---|
Anak Mami The Movie | 21 Februari 2002 | RM 2.94 juta | RM 1.20 juta |
Mami Jarum | 6 Disember 2002 | RM 2.68 juta | RM 1.20 juta |
Mami Jarum Junior | 29 Mei 2003 | RM 1.80 juta | RM 1.00 Juta |
Anak Mami Kembali | 3 November 2005 | RM 2.01 juta | RM 1.50 juta |
Nana Tanjung | 9 November 2006 | RM 3.02 juta | RM 1.50 juta |
Nana Tanjung 2 | 29 November 2007 | RM 2.21 Juta | RM 1.50 juta |
Anak Mami Nasi Kandaq | 6 Julai 2016 | RM 0.35 Juta | RM 1.50 Juta |
Jumlah | RM 15.01 Juta | RM 9.40 Juta |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Anak Mami The Movie | Mami Jarum | Mami Jarum Junior | Anak Mami Kembali | Nana Tanjung | Nana Tanjung 2 | Anak Mami Nasi Kandaq |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon Wanita Terbaik | Pencalonan (Rita Rudaini) | ||||||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Pencalonan (Ismail Din) | ||||||
Pelakon Komedi Terbaik | Menang (Kartina Aziz) |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Musthafa, Saharudin (24 Jun 2001). "Pembikinan Anak Mami meriah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 4 Julai 2016.
- ^ Ibrahim, Khadijah (4 Julai 2016). "Anak Mami Tiada Saingan". Utusan Malaysia.
|access-date=
requires|url=
(bantuan)
- CS1 errors: access-date without URL
- Filem 2002
- Templat tarikh filem dengan 5 tarikh tayangan
- Filem 2007
- Pages using infobox media franchise with unknown parameters
- Filem Malaysia tahun 2002
- Filem terbitan Grand Brilliance
- Filem Malaysia tahun 2007
- Filem arahan A. Razak Mohaideen
- Filem Malaysia tahun 2003
- Filem terbitan Metrowealth Movies Production
- Filem Malaysia tahun 2006
- Filem Malaysia tahun 2005